Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Mata Ini Menangis Dan Hati Ini Bersedih” – Perkongsian Isteri Da’i Syed...

    “Mata Ini Menangis Dan Hati Ini Bersedih” – Perkongsian Isteri Da’i Syed Cetus Perhatian Warga Net

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gempar di media sosial baru-baru ini apabila pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful yang berumur 29 tahun mengenai kesnya yang sebelum ini.

    Isu Da’i Syed Kembali Tular

    Menjadi kecoh apabila Da’i Syed dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Da’i Syed kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen Shah Alam bermula semalam selepas permohonannya menangguhkan hukuman terbabit ditolak.

    Dalam pada itu, isteri kepada  Da’i Syed, iaitu Hana Ismail meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik selepas suaminya dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana kesalahan merogol.

    Hantaran Isteri Jadi Perhatian

    via Instagram Hana Ismail

    Yang menjadi perhatian apabila Hana ada memuat naik hantaran di Instagram Storynya.

    Hana dalam satu hantaran di Instagram Story turut bersyukur dengan segala nikmat keluarga dirasainya.

    Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

    Saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.

    Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Umm Nour (Hana) dan Lil Nour (anak).

    Dalam perkongsian yang sama, Hana seolah-olah meluahkan perasaan yang sedang dihadapi ketika ini.

    Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami.

    Sekadar rekod, Da’i Syed mendirikan rumah tangga bersama Hana pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts