Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Mata Ini Menangis & Hati Ini Bersedih’ – Hana Ismail

    ‘Mata Ini Menangis & Hati Ini Bersedih’ – Hana Ismail

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Da’i SyedDa’i Syed

    Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Mohon doa & kebaikan

    Da’i SyedDa’i Syed

    Terbaru, di Instagram Story, isteri kepada Da’i Syed iaitu Hana Ismail memuat naik sebuah posting berkaitan perasaannya pada waktu ini.

    Menerusi posting tersebut, Hana dengan rendah diri memohon doa dan kebaikan daripada orang ramai berikutan apa yang menimpa suaminya.

    Mata ini menangis dan hati ini bersedih, namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad SAW)

    Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami.

    Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan dari kalian.

    Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh selepas mendengar keputusan Hakim Norazlin Othman.

    Syed Iqmal sempat memeluk isterinya, isteri, Hana Ismail, 38, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak 16 hari lalu. Difahamkan, hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini (30 Ogos).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts