Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama…”-Rita Rudaini Berang Portal Kaitkan Anak Dengan Pemain...

    “Mati Nanti Pun Berbintikan Nama…”-Rita Rudaini Berang Portal Kaitkan Anak Dengan Pemain JDT

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Rita Rudaini berkongsi rasa berang terhadap tindakan sebuah portal berita yang didakwa mengaitkan kejayaan putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mewakili Sabak Bernam dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSS) 2024 dengan bekas pemain bola sepak JDT yang juga bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.

    Rita, menerusi Insta Stories, meluahkan rasa kesal dengan portal terlibat yang disifatkan sengaja mahu tular di media sosial dengan cara yang jahat.

    “Aku penat-penat bela dari kecik. Tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT’. Kepa atok hang! Saja nak viral cara jahat.”-tulis Rita di Insta Stories

    Persoal Pemain Lagenda JDT Yang Dikaitkan Dengan Putera Sulungnya

    Tambahnya lagi pelakon filem Mami Jarum ini turut mempersoalkan siapakah pemain lagenda JDT yang dimaksudkan oleh pihak portal terlibat.

    “Siapa ‘lagenda JDT’ tu? Apa kaitan dengan anak yang aku jaga? Tajuk bodoh. Lagenda? Celah mana?.”-tulis Rita lagi

    “Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak…”

    Tegas Rita, dialah yang telah membesarkan kedua-dua anak lelakinya itu secara seorang diri sejak 15 tahun yang lalu selain menyatakan bahawa anak-anaknya akan berbintikan ibu apabila meninggal dunia.

    “Fakta yang kena tahu, saya membesarkan anak saya seorang diri sejak 15 tahun lalu. Kalau setakat nak tulis dan kaitkan dengan orang lain, tak perlu.

    Mati nanti pun berbintikan nama mak. Ini fakta!.”-tegas Rita

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts