Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMawar Karim Terkilan Anak Dijangkiti Chickenpox Kali Kedua, Minta Ibu Bapa Jangan...

    Mawar Karim Terkilan Anak Dijangkiti Chickenpox Kali Kedua, Minta Ibu Bapa Jangan Pentingkan Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan terkenal, Mawar Karim terkilan apabila anak perempuannya, Wan Maryam dijangkiti penyakit cacar air atau chickenpox buat kali kedua.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Ada Dengar Khabar Angin Mawar Karim Sudah Kahwin Dengan Orang Kenamaan – ‘Selebihnya Tanya Dia’

    Artikel berkaitan: Mawar Karim Tak Bankrap, Buat Laporan Polis Nafi Hutang RM720,000

    Dijangkiti kali kedua

    Menerusi hantaran di Instagram, Mawar meminta ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka yang mempunyai penyakit untuk dikuarantin dan tidak dibawa keluar.

    Sebenarnya Maryam dah pernah kena chickenpox masa baby dan dah vaksin tapi mungkin benda ni nak jadi. Sedih tengok Maryam macam ni.

    Tolong ya kepada ibu bapa di luar sana kalau anak-anak masih sakit macam chickenpox ni tolong kuarantin betul-betul, tak perlu bawa keluar jumpa orang atau tempat yang ada budak-budak terutamanya. Semua orang faham anak kita kena kuarantin.

    Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ini turut meluahkan rasa geram terhadap ibu bapa yang mementingkan diri.

    Ni tak nak juga bawa anak yang dah ada chickenpox tu jumpa kanak-kanak lain. Lepas jangkit dekat orang boleh la kata ‘benda nak jadi’. Ibu bapa mana pun akan sedih balik-balik rumah tengok anak dah mula naik bintik-bintik macam ni.

    Ya betul benda nak jadi tapi sebagai ibu bapa yang ada akal fikiran guna la akal tu sebaik mungkin. Jangan pentingkan diri ya.

    Tambah Mawar, Maryam terpaksa cuti daripada pergi ke sekolah kerana bimbang akan menjangkiti rakan-rakan yang lain.

    Ni pun kalau ada bekas-bekas dekat Maryam pun nak pergi sekolah pun takut apa-apa jadi dekat kawan-kawan Maryam. Ibu bapa akan salahkan mak nya jawabnya.

    ALSO READ:  Meerqeen Pernah Berdepan Buli Siber – ‘Ada Juga Yang DM Ibu Saya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts