Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pergolakkan rumah tangga pelakon wanita Malaysia iaitu Mawar Rashid 28, yang dikatakan bakal berpisah. Siapa sangka, pasangan yang sering tampil bahagia di laman media sosial dilanda ujian yang sebegitu.
Hari ini, 23 November 2023 di instastory milik Mawar Rashid, mengesahkan bahawa dia dan suami bersetuju untuk berpisah atas dasar tidak bersefahaman. Namun tanggungjawab terhadap anak-anak mereka tidak akan abaikan.
“Kami bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman, Raf dan saya akan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik”
“Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami”
“Hubungan kekeluargaan yang berjaya adalah amat penting yang bermula dari ibu bapa serta itu yang akan kami usahakan walaupun tidak lagi bersama Insyaa’ALLAH”-tulis Mawar Rashid
Walau bagaimanapun, Mawar Rashid tidak memberitahu tarikh yang sebenar bila mereka memfailkan penceraian. Mawar juga memohon agar tiada sebarang spekulasi atau tohmahan yang negatif untuk dia dan keluarga serta Mawar meminta agar peminat-peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
“Kami berdua sedih dan menyesal kerana terpaksa berkongsikan berita yang duka ini. Bagaimanapun, ini adalah jalan yang terbaik buat kami berdua”-tambah Mawar Rashid
Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?