Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami, Mahu Fokus Besarkan Anak Bersama...

    Mawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami, Mahu Fokus Besarkan Anak Bersama – ‘Saya Takut Timbul Pula Masalah Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Mawar Rashid enggan untuk menceritakan lebih lanjut mengenai hubungan terkini bersama bekas suami, Raf Yaakob.

    ‘Tak nak ada masalah lain’

    Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini memaklumkan sebaliknya, dia dan Raf lebih selesa untuk memberikan lebih fokus terhadap masa depan anak-anak mereka.

    Buat masa sekarang, kami cuba yang terbaik. Itu saja saya boleh cakap. Kalau saya hendak ulas lebih mengenai bekas suami, takut boleh jadi punca atau permasalahan lain pula.

    Apa yang berlaku antara saya dan bekas suami, saya lebih selesa untuk cuba elakkan memberi komen sebab kami ada anak-anak yang masih kecil dan bekas suami juga adalah bapa mereka.

    Jadi, saya pilih untuk elakkan apa-apa (komen) yang tidak baik atau mengulas lanjut mengenai dia dalam segala hal pun.

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Suamiku Paling Sweet’ ini turut berkongsi bahawa dia kini sedang cuba untuk menyesuaikan diri untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.

    Setakat ini segala urusan lancar dan masih baik. Tetapi, saya tetap mencuba lagi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

    Saya tetap perlu mencubanya untuk jadi yang terbaik demi anak-anak.

    Saya juga sebenarnya percaya dengan adanya fasa dan ujian seperti ini (dalam hidup) beri peluang saya belajar.

    Kalau saya tak lalui semua ini, pasti tidak akan kuat seperti sekarang. Alhamdulillah, Allah sudah susun cantik semuanya.

    Sekadar info, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pernah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 sebelum bercerai pada November tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama’ – Fattah Amin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts