Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMawar Rashid ‘Terdiam’ Dalam Lagu

    Mawar Rashid ‘Terdiam’ Dalam Lagu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lebih dikenali sebagai seorang pelakon sebelum ini, artis jelita Mawar Rashid mengambil langkah berani untuk mengembangkan bakatnya ke bidang nyanyian pula.

    Artikel berkaitan: Mawar Rashid Pernah Terdetik Nak Hilangkan Diri, Ambil Masa 6 Bulan Pulih Semangat – ‘Saya Perlu Masa Untuk Bangkit Semula’

    Artikel berkaitan: Mawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami, Mahu Fokus Besarkan Anak Bersama – ‘Saya Takut Timbul Pula Masalah Lain’

    Terdiam

    Muncul dengan sebuah karya berjudul Terdiam, lagu ini merupakan buah tangan sulungnya dalam arena muzik tempatan.

    Lagu ini mencerminkan rasa introspeksi yang mendalam dan perjuangan dengan kekurangan peribadi serta kesakitan emosi. Liriknya menggambarkan kesunyian dan kesedihan, sambil mempertanyakan sama ada ini hanya satu fasa kehidupan.

    Dalam karya ini juga, Mawar merenung kembali detik-detik kebahagiaan yang sementara dan berusaha mencari makna walaupun menghadapi cabaran.

    Dia mengakui kekurangan dirinya dan berusaha untuk sembuh serta tersenyum lagi, walaupun dia merasa letih dan mungkin memerlukan lebih daripada sekadar rehat.

    Secara keseluruhannya, lagu ini adalah tentang usaha untuk mencari ketenangan dan kegembiraan di tengah-tengah dilema peribadi.

    Dicipta dan ditulis oleh Amir Hasan dan Madebyartin, Mawar mengatakan bahawa dirinya berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

    Saya sudah mengenali Amir dari zaman kolej lagi jadi saya tahu dia mampu berikan apa yang saya mahu selepas saya jelaskan segalanya.

    Saya mahukan sesuatu yang berbeza dan amir bersama-sama Madebyartin berjaya menghasilkan apa yang saya mahu.

    Lagu ini turut menampilkan sebuah klip video arahan pelakon popular Janna Nick.

    Saya memilih Janna kerana saya tahu akan hasil kerjanya selain bakat dan pengalaman yang ada pada dirinya. Lagipun saya sudah lama mengenalinya dan saya tahu dia mampu memberikan apa yang saya mahu.

    Saya juga ingin berkongsi, sewaktu penggambaran video muzik lagu ini, saya termuntah di hujung rakaman kerana pening gara-gara terlalu banyak aksi berpusing untuk tarian yang digunakan dalam video.

    Malah ada babak cadangan Janna yang membabitkan pembakaran bunga dan memerlukan saya bertindak dengan cepat. Saya tak akan lupakan babak itu.

    Bakal dikeluarkan pada 6 September 2024, ‘Terdiam’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    ALSO READ:  ‘Saya Puas Hati Dengan Keputusan Pihak Polis’ – Mamat Sepah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts