Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMawi Biasakan Diri Mohon Maaf Kepada Isteri Sebelum Tidur Meskipun Tidak Buat...

    Mawi Biasakan Diri Mohon Maaf Kepada Isteri Sebelum Tidur Meskipun Tidak Buat Salah, Itu Cara Hargai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suami isteri harus memastikan tempat tidur mereka menjadi tempat yang menenangkan untuk melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama.

    Bilik tidur harus menjadi tempat yang menenangkan untuk suami isteri melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama.

    Sebelum tidur, sebaiknya mencipta suasana bahagia dan romantis bersama pasangan.

    Sebelum tidur, mohon maaf kepada suami. Mungkin hari ini buat suami terasa hati. Mungkin hari ini burukkan suami kepada orang lain.

    Penyanyi dan penyampai radio, Mawi, mendedahkan, sudah menjadi kebiasaannya untuk memohon maaf kepada isterinya, Ekin, pada setiap malam sebelum tidur walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

    Mawi, atau Asmawi Ani, 42, itu adalah caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu.

    Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun.

    “Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.

    “Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.

    Menurut penyanyi Aduh Saliha itu lagi, walaupun kenangan sakit misteri itu pahit ditelan namun ia menjadi hikmat besar yang menguatkan cintanya kepada isteri.

    “Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.

    “Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.

    Mawi dan Ekin sah menjadi suami isteri pada 20 Disember 2008. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Cahaya Malaika, 11.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts