Pelakon Maya Karin memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri jarang membintangi drama televisyen sepanjang bergelar anak seni.
‘Cepat bosan’
Menurut Maya, membintangi drama menuntut komitmen yang tinggi seperti perlu menjalani penggambaran dalam tempoh yang panjang dan perkara itu akan membuatnya berasa cepat bosan.
Tak nak (berlakon drama). Kenapa orang selalu hairan dengan perkara itu. Sudah pasti tawaran berlakon drama itu ada, dulu sangat banyak. Tetapi sekarang ramai produser sudah tahu saya tak mahu buat drama, jadi kurang tawaran.
Saya adalah sejenis orang yang cepat bosan, itulah sebabnya saya tidak mahu buat TV. Saya suka kerja yang pelbagai iaitu sebagai pelakon, penyanyi, aktivitis dan pengacara.
Saya suka buat perkara yang berbeza-beza setiap hari, tak nak terperangkap dalam satu tempat setiap hari dan berlakon dan terus berlakon. Kalau dengar orang buat drama cerita itu sampai tiga bulan tidak berhenti kena berlakon.
Maya mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemu bual menerusi saluran podcast Sembang Selebriti bersama Dj Naz.
Dalam pada itu, Maya berkata dia pernah berasa bimbang sekiranya suatu hari nanti dirinya tidak lagi relevan dalam industri.
Memang saya sudah risau tentang itu (sudah tidak relevan) sejak 28 tahun lalu lagi dan sejak bekas suami ajak berkahwin lagi. Saya cakap beri masa untuk saya kukuhkan kedudukan dalam industri.
Tiba-tiba filem Ombak Rindu muncul ketika usia saya 30. Filem itu beri satu ‘boom’ yang buatkan satu lagi lonjakkan untuk nama saya, syukur alhamdulillah. Itu adalah rezeki.