Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMaya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar –...

    Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Maya KarinMaya Karin

    Pelakon Maya Karin akui teruja apabila terlibat dalam projek sekuel filem yang pernah menjadi fenomena pada 16 tahun lalu iaitu Duyung yang kini diberi nama Duyung: Lagenda Aurora.

    Kembali jadi duyung

    Maya KarinMaya Karin

    Maya atau nama lengkapnya Maya Karin Roelcke, 44, berkata, dia sudah lama berharap filem tersebut mempunyai sambungan selain peminatnya juga sering bertanya.

    Ramai peminat yang asyik bertanya bilakah sambungan filem Duyung. Walaupun berdepan cabaran fizikal, saya seronok bila filem ini menjadi kesukaan anak-anak Malaysia.

    Di Youtube pula, sudah berjuta orang yang menonton. Jadi, sudah lama sebenarnya saya ajak pengarah untuk membuat sambungan filem ini sebelum usia saya mencecah 80 tahun.

    Maya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sekuel filem Duyung iaitu Duyung: Lagenda Aurora yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya, pada Selasa.

    Dalam pada itu, Maya tidak menyangka apabila watak di dalam filem Duyung dan Pontianak Harum Sundal Malam masih menjadi bualan dan diingati sehingga kini.

    Saya pernah menjadi macam-macam mahluk. Saya juga tidak sangka impaknya akan sebesar ini. Kutipan filem Duyung mencecah RM7 juta dan pada waktu itu, ia sangat besar.

    Karakter filem ini juga sangat menarik. Sampai sekarang orang masih ingat Jimmy, Oryx dan Duyung.

    Saya sangat bertuah kerana dapat terlibat di dalam projek yang bertahan di hati penonton sehingga hari ini dan mungkin berpuluh tahun ke hadapan.

    Ramai artis yang shooting back to back tapi bila sudah ditayangkan, setahun kemudian, penonton akan lupa. Drama baharu akan terus ditayangkan.

    Susah jadi Duyung & Pontianak

    Maya KarinMaya Karin

    Bagaimanapun, Maya akui bukan mudah untuk membawakan dua watak ikonik ini terutamanya daripada aspek fizikal.

    Namun, jangan ingat jadi pontianak dan duyung ini sesuatu yang mudah terutama sekali dari segi fizikal.

    Nak terbang dari pokok ke pokok dengan diikat tali berjam-jam. Ia sakit sehinga luka di badan. Kostum duyung pula ambil masa empat jam untuk dipakai dan sejam untuk ditanggalkan.

    Orang luar tak nampak. Mereka hanya melihat kostum dan make up yang cantik serta duyung yang comel-comel tapi ia merupakan kerja keras namun, berbaloi.

    Sekadar info, filem Duyung: Legenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024. Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada suku tahun ketiga 2025.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alejandro Garnacho & Andre Onana Ucap ‘Get Well Soon’ Buat Faisal Halim – ‘Stay Strong, We Are With You’

    Duyung: Legenda Aurora menampilkan barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

    Untuk rekod, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts