Foto: Sinar Harian
Mayat seorang bayi ditemui ditanam dalam simen di kawasan tempat letak kenderaan sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh pada Rabu.
Mayat bayi ditanam dalam simen
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, mayat tersebut ditemukan oleh seorang lelaki berusia 37 tahun ketika sedang melakukan kerja-kerja baik pulih di kediaman tersebut.
Semasa kejadian, lelaki terbabit telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai tempat ketak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.
Dia kemudian menarik kain sarung tersebut dan alangkah terkejutnya selepas melihat terdapat objek menyerupai mayat bayi di sebalik kain itu.