Misteri kehilangan seorang wanita sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya yang hampir reput ditemui di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching pada Sabtu.
Salam takziah
Memetik laporan TVS, susulan daripada penemuan mayat, Nurul Asikin Lan, 28, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah, proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan dan suspek akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Disember.
Kes ini masih lagi disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara menerusi hantaran di Facebook, seorang individu yang dipercayai merupakan saudara mangsa mendakwa wanita itu gagal dihubungi selepas keluar bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.
Bapa kepada Allahyarhamah Asikin, Lan Endor, 53, berharap agar kematian anak sulungnya itu mendapat pembelaan dan suspek pihak dikenakan hukuman yang setimpal.