Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Di Kawasan Paya

    Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Di Kawasan Paya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Sinar Harian

    Mayat seorang kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, pada Sabtu.

    Mayat Nuraina ditemui di kawasan paya

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Berita Harian, mayat mangsa yang berusia 10 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring selepas dilaporkan hilang ketika bermain di sekitar perkampungan terbabit.

    Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa kira-kira 1.20 pagi Sabtu yang mengatakan murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu tidak pulang sejak Jumaat.

    Susulan daripada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan. Mangsa kemudian ditemukan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan tersebut.

    Setakat ini, kematian mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat

    Mangsa dikatakan menuju ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam sebelum kembali pulang ke rumah.

    Mangsa dikatakan pulang tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara mangsa kemudiannya ke kedai lain bagi membeli ayam sementara mangsa ditinggalkan bermain di taman permainan berhampiran kawasan itu.

    Mangsa dikatakan hilang sejak dari itu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts