Pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen mengakui dia memilih untuk menolak melakonkan babak soft porn dalam mana-mana drama mahupun filem.
Saya ada keluarga
Menurut Meerqeen, dia menolak adegan sedemikian kerana mahu menjaga nama baik keluarga agar tidak tercalar akibat babak yang tak sepatutnya dilakukan oleh pelakon beragama Islam.
Saya ada keluarga yang menonton semua naskhah lakonan saya. Jadi, keputusan paling terbaik untuk saya ialah menolak daripada melakukan babak sebegitu bagi menjaga nama baik keluarga.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, turut berkata, setiap perkara yang dilakukan oleh seorang pelakon adalah bergantung kepada prinsip hidup masing-masing.
Semuanya berbalik kepada prinsip seseorang. Pelakon mempunyai hak menolak sekiranya enggan atau tak selesa untuk melakonkan babak berunsur soft porn.
Perkara itu juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak tersrbut untuk jalan cerita.
Tiada istilah hanya menerima arahan sahaja. Kita perlu bincang secara terperinci mengenai keperluannya namun kebanyakan babak berunsur soft pornyang ada hari ini adalah teknik atau sudut kamera.