Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMeerqeen Pernah Berdepan Buli Siber – ‘Ada Juga Yang DM Ibu Saya’

    Meerqeen Pernah Berdepan Buli Siber – ‘Ada Juga Yang DM Ibu Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Golongan selebriti dan pempengaruh antara individu yang menjadi sasaran dalam gejala buli siber termasuk aktor Meerqeen.

    Abai & sekat

    Ketika ditemui , Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam mengambil langkah untuk tidak mengendahkan komen-komen negatif yang diterima.

    Dalam masa yang sama, Meerqeen turut bertindak menyekat pengguna media sosial yang disifatkan melampau.

    Dahulu saya baca komen-komen negatif tetapi sekarang tidak lagi. Sebab saya tak rasa mereka boleh dapatkan perhatian saya.

    Segelintir mereka ada yang saya sekat. Ia tak baik untuk saya, jadi lebih baik saya sekat daripada saya beri sebarang reaksi.

    Pengurus dan team saya juga tidak menyarankan saya untuk memberi reaksi terhadap setiap komen negatif.

    Sementara itu, pelakon berusia 23 tahun tersebut juga mengakui ibunya Suraidah Yacob turut diganggu oleh warganet.

    Kalau tak boleh dapatkan perhatian kita, mesti mereka akan cuba dapatkan perhatian orang lain iaitu keluarga saya. Ada juga yang DM ibu saya.

    Tapi saya dah cakap dengan ibu, jangan balas mesej mereka. Kerana ia akan mengganggu kesihatan mental.

    Meerqeen berkata demikian selepas tayangan perdana filem Harimau Malaya The Untold Story yang berlangsung di GSC The Starling Mall pada Isnin.

    Justeru, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berpendapat kegiatan tidak berfaedah tersebut perlulah dihentikan kerana memberi banyak kesan yang buruk.

    Perkara ini berbalik kepada diri dan cara bagaimana kita mengawal situasi dan menutup sebelah mata untuk tidak melayan perkara ini.

    Buli bukan sahaja berlaku kepada pelakon, artis atau pempengaruh tapi dekat sekolah pun berlaku juga buli siber. Jadi saya rasa kita perlu henti menormalisasikan gejala buli.

    Dalam perkembangan lain, Meerqeen membawa watak sebagai Rashdan di dalam filem arahan Datuk Afdlin Shauki tersebut.

    ALSO READ:  Marissa Dania Selalu Setia - Berkongsi Foto Bersama Ibu Bapa

    Selain Meerqeen, filem berinspirasikan skuad bola sepak kebangsaan itu turut membariskan pelakon hebat antaranya Amelia Henderson, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza, Erra Fazira dan Tony Eusoff.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts