Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan di Malaysia melalui pencapaian Anugerah Platinum dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Hilang Tanpa Bilang’ pada tahun lepas.
Lagu ini mencapai prestasi cemerlang dalam penjualan melalui saluran digital strim di Malaysia pada tahun 2023, sekali gus menjadikannya pencapaian yang membanggakan untuk Meiska Adinda dan Sony Music Entertainment Indonesia.
Mensajikan Dursila Kepada Pendengar Malaysia
Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila”.
Lagu ini juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman.
Memerlukan Penghayatan Yang Mendalam
Meiska juga kongsikan pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”, dia mengalami beberapa cabaran.
Meiska merasakan lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam.
Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini.
Menurut Meiska lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.
OST Drama Malang Si Puteri
Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati.
Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada.
Lagu ‘Dursila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.