Berkelana di Kota Suci Makkah untuk menyempurnakan ibadat haji dan umrah menuntut setiap jemaah menjaga tingkah laku dan ‘belajar menjadi orang baik.’
Biarpun hakikatnya kita insan berdosa dan tidak sebaik mana, paksalah diri untuk menjadi orang baik kerana itulah sebab kita ke sini.
Mudah-mudahan jihad kita untuk menjadi orang baik diperkenan Allah, lantas ia berkekalan bukan saja hingga kita pulang ke tanah air, tapi hingga ke akhir hayat.
Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah suci adalah tempat terbaik buatnya bermuhasabah diri.
Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam sekiranya mempunyai peluang dan rezeki dijemput ke sana.
“Sejak saya pergi ke Mekah, ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali mahu pergi umrah?
“Sebenarnya, tiada had pun untuk seseorang itu pergi mengerjakan ibadah. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ini adalah rezeki saya.
Pelakon drama Hijrah Jannah itu juga memaklumkan, dia sudah menyampaikan kiriman doa peminat di hadapan Kaabah selain turut memohon agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada masa akan datang.
“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah.
Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah