Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMelewati Cuaca Panas Terik & Hujan Tropika, Skechers Perkenal Koleksi Sunny Comfort...

    Melewati Cuaca Panas Terik & Hujan Tropika, Skechers Perkenal Koleksi Sunny Comfort Foamies!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ucapkan selamat tinggal kepada kaki yang basah dan berpeluh dan hello kepada kesegaran sepanjang hari. Peneraju global dalam fesyen dan kasut berprestasi, Skechers memperkenalkan koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies yang  terbaharu. Direka bentuk untuk melawan cuaca panas Malaysia yang tanpa henti atau hujan lebat yang tidak menentu, barisan koleksi Foamies seperti clogs, sandal, dan slides memastikan kaki anda kekal sejuk, selesa dan bergaya, hujan atau bersinar!.

    Dilancarkan secara berperingkat mulai Mei dan seterusnya, koleksi ini memperkenalkan pelbagai gaya untuk dewasa dan kanak-kanak dengan reka bentuk tambahan untuk debut secara dalam talian dan di kedai sepanjang Mei dan Jun.

    Setiap pasang direka dengan teknologi termaju Skechers, menjanjikan gabungan sempurna, keselesaan, gaya dan serba boleh. Tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang menawan untuk disesuaikan dengan pilihan gaya setiap individu.

    Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies yang terbaharu ini menawarkan empat pilihan untuk wanita dan lelaki, Skechers Foamies Arch Fit Outdoor, Skechers Hyper Slide, Skechers GOWalk Massage Fit Sandal, dan Skechers Sola Glow Sandal-Hydro Rays.

    Skechers Foamies Arch Fit Outdoor

    Temui keseimbangan harmoni keselesaan, sokongan dan gaya pemakaian yang mudah dengan Skechers Foamies: Arch Fit Outdoor slip-on clogs. Dilengkapi dengan Skechers Arch Fit yang dipatenkan dan sokongan lengkungan yang diperakui pakar podiatri yang dibangunkan dengan data selama 20 tahun dan 120,000 imbasan kaki tanpa pemberat.

    Skechers Hyper Slide

    Rasai percutian musim seperti di resort dengan Skechers Hyper Slide! Direka dengan bahagian atas sintetik licin dengan perincian cetakan tropika. Dengan midsole kusyen HYPER BURST, foam berdaya tahan inovatif dicipta menggunakan proses Super Critical dengan sel berbentuk sfera yang dimampatkan.

    ALSO READ:  Aeril Zafrel Ambil Masa Bertahun Nak Pujuk Ahmad Yatim Berlakon Filem ‘Abnormal Buas’ – ‘Rasanya Dah Berdekad Dia Tidak Muncul’

    Skechers GOWalk Massage Fit Sandal

    Selesakan kaki anda dengan sandal Skechers GOWalk Massage Fit! Sandal inivatif ini menampilkan Massage Fit wave midsole yang direka dengan teliti untuk mengurut kaki anda dengan lembut pada setiap langkah. Menawarkan woven strap upper untuk wanita dan ripstop upper untuk lelaki.

    Skechers Sola Glow Sandal 

    Biarkan penjelajah muda anda mempesonakan jalanan dengan selesa dan bergaya dengan Skechers Sola Glow Sandal- Hydro Rays. Dengan reka bentuk bahagian atas dan bercahaya timbul, sandal ini memberikan sensasi berjalan ringan seperti di udara, sesuai untuk hari-hari aktif bermain di taman, berlari mengelilingi blok atau berbasikal melalui kawasan kejiranan.

    Bermula harga RM299, Koleksi penuh Skechers Sunny Comfort Foamies boleh didapati dalam talian melalui www.skechers.com.my. Shopee dan Lazada.

    Untuk pengalaman lebih selesa menyarungkan Skechers Foamies Arch Fit Outdoor, Skechers Hyper Slide, Skechers GOwalk Massage Fit Sandal dan Skechers Sola Glow Sandal – Hydro Rays, anda boleh ke kedai konsep Skechers terpilih, termasuk Skechers The Exchange TRX, Pusat Beli-belah 1Utama , Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil Sunway Pyramid dan banyak lagi.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts