Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Melewati Mimpi’ Bukti Amira Othman Teroka Dimensi Baharu Dalam Kerjaya Muzik

    ‘Melewati Mimpi’ Bukti Amira Othman Teroka Dimensi Baharu Dalam Kerjaya Muzik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, pelakon, dan pengacara serba boleh Amira Othman kembali mencuri tumpuan dengan single terbarunya,‘Melewati Mimpi’, yang juga merupakan single kedua beliau bersama Alternate Records & Talents dan Sony Music Malaysia.

    Lebih istimewa lagi, lagu ini turut dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) bagi drama sensasiPinjaman Syurga yang bakal mencuri tumpuan di Slot Akasia TV3 pada 5 September 2024.

    Melewati Mimpi

    Lagu ‘Melewati Mimpi’yang dinyanyikan oleh Amira Othman ini bergenre pop balada pastinya akan membawa emosi mendalam dan menyentuh hati pendengar.

    Dihasilkan oleh komposer, penulis lirik dan penerbit berbakat Aiman Sidek, ‘Melewati Mimpi’ adalah hasil inspirasi mendalam dari sinopsis drama Pinjaman Syurga mengisahkan tentang cinta yang tidak kesampaian dan keinginan untuk menemukan pengakhiran yang sempurna.

    Lagu ini memancarkan emosi mendalam yang menyentuh jiwa dan menggetarkan kalbu melalui kehebatan naratifnya.

    Amira Othman, yang terkenal dengan perwatakan tenang dan positif, menyatakan rasa teruja kerana ini merupakan kali pertama beliau bekerjasama dengan Aiman Sidek.

    Melewati Mimpi adalah karya yang begitu menyentuh kalbu, seiring dengan jiwa saya sebagai pencinta balada. Keterujaan saya meluap-luap apabila berpeluang bekerjasama buat pertama kali dengan Aiman Sidek, seorang komposer dan penerbit yang memiliki bakat luar biasa.

    Saya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja kerana percaya setiap orang ada kelebihan tersendiri.  Dengan sentuhan magis Aiman, saya dapat meneroka dimensi baharu dalam kerjaya muzik saya. Hasilnya, kami mencipta sebuah karya agung yang bukan sahaja memukau, tetapi juga menggugah emosi paling dalam.

    Cabaran dalam menjiwai lagu ini sememangnya besar, terutamanya kerana saya jarang mendekati genre balada sebelum ini.

    Namun, keseronokan yang muncul ketika meneroka dimensi baru ini memberi kepuasan yang luar biasa. Saya berharap Melewati Mimpi’ akan diterima oleh semua golongan, tanpa mengira usia. Dengan gaya unik yang dibawa oleh lagu ini, saya yakin melodi dan liriknya mampu meresap ke dalam hati dan terus dihayati oleh pendengar.

    Idea tercetus selepas terima sinopsis

    Aiman Sidek pula mendedahkan bahawa idea lagu ini tercetus sebaik sahaja menerima sinopsis drama Pinjaman Syurga dari Alternate Records, dan seterusnya beliau mula mengolah lagu yang sesuai dengan tema drama tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ernie Zakri Buat Pengakuan Sudah Lama Jadi Peminat Imran Bard – ‘Seluruh Keluarga & Suami Saya Tahu’

    Menurut Aiman, idea tersebut terus berkembang menjadi sebuah karya yang indah.

    Alhamdulillah, saya berjaya mencipta lagu ini dengan sentuhan luar biasa, menggali tema cinta dan pengharapan yang meruntun jiwa dalam drama tersebut.

    Lebih mengagumkan, proses pembikinannya hanya mengambil masa seminggu dari demo hingga ke mastering, menjadikannya antara projek terpantas yang pernah saya ciptakan.

    Keunikan Amira adalah kemampuannya menyampaikan emosi dan feel dengan tenang, tanpa perlu menjerit.  Ketenangan itulah yang membuatkan emosi dalam lagu itu sampai.

    Saya berharap agar ‘Melewati Mimpi’ dapat menyentuh hati para pendengar dan menjadi siulan ramai, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Amira dalam industri muzik tanah air.

    ‘Melewati Mimpi’adalah lagu yang wajib anda dengar. Melodi yang indah, lirik yang menyentuh hati, dan suara merdu Amira Othman akan membawa anda pada sebuah perjalanan emosi yang tak terlupakan.

    Jangan lepaskan peluang mendengar ‘Melewati Mimpi’ nyanyian Amira Othman yang telah mula berkumandang di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Ayuh saksikan Pinjaman Syurga yang bakal ditayangkan menerusi slot Akasia, bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts