Semua sedia maklum bahawa pelakon Farid Kamil merupakan antara selebriti yang dikatakan ‘fit’ dan sihat.
Aktif Bersukan
Satu perkongsian terbaru di Instagram miliknya dia ada berkongsikan saat-saat dia bermain badminton disamping mempromosikan filem terbarunya yang akan ditayangkan tidak lama lagi berjudul Gold.
Gold dilihat sebagai salah satu filem yang berkisarkan perjuangan para pemain sukan badminton di Malaysia.
Hal ini sekaligus memberi kesan Farid Kamil yang mana dia mahu anak-anaknya terdedah dengan aktiviti sukan di usia muda untuk perkembangan minda dan fizikal.
Kongsi Minat Anak Sejak Kecil
Farid turut memberitahu anak pertamanya iaitu Mohammad kini aktif bermain bola sepak dan sukan pemotoran manakala puterinya, Nur Aurora didedahkan dengan gimnastik serta tenis.
Dalam pada itu, Farid turut mendedahkan anak sulungnya itu mendapat latihan dalam bermain bola di kelab milik pemain pasukan Korea, Kim Do Hoon.
Bagi Farid, dia melihat contoh ibu bapa terutama di luar negara barat apabila mendedahkan anak-anak mereka di peringkat yang kecil untuk mencuba sukan-sukan.
Farid juga turut memaklumkan bahawa dia dan isterinya, aktres Diana Danielle sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus aktif dalam sukan.