Melting Pot Cafe dengan bangganya memperkenalkan buffet makan malam dan high tea terbaharu mereka, menampilkan hidangan lazat dan pelbagai pilihan sajian enak yang pastinya memikat selera anda. Menu baharu ini akan bermula sekarang dan akan diteruskan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Bufet makan malam Jumaat & Sabtu
Alami pelbagai pilihan yang lazat, bermula dengan makanan laut yang menakjubkan pada paparan ais. Nikmati makanan laut seperti tiram, udang harimau, dan kerang yang dihidangkan dengan segar, semuanya disediakan untuk memikat selera anda. Saksikan secara langsung chef berbakat menyediakan Teppan BBQ, menyajikan stik yang lazat, daging kambing yang lembut, dan ikan bakar yang di hadapan mata anda.
Bagi pencinta masakan Jepun, Melting Pot Cafe turut menyajikan pilihan maki rolls yang lazat dan sashimi segar yang pasti memuaskan citarasa anda.
Untuk mereka yang menggemari hidangan tempatan, Melting Pot Cafe menawarkan pelbagai hidangan kegemaran seperti nasi ayam Hainan, rendang tok, sambal udang, mee goreng, kari ikan India, briyani ayam atau kambing, udang masala, dan banyak lagi.
Hidangan Thai asli juga boleh didapati dalam bufet istimewa ini. Dapatkan sajian seperti salad stik daging lembu panggang, salad mi kaca dengan udang, nasi udang, kari daging massaman dan kari hijau.
Jangan lupa memberi ruang untuk hidangan pencuci mulut Perancis mereka seperti éclair coklat, pavlova buah-buahan campuran, verinne raspberi gading dan panna cotta kiwi strawberi. Banyak kali yang mereka sajikan, anda kena rasa sendiri.
Bufet makan malam ini ditawarkan pada harga RM142.80 bersih seorang (selepas diskaun 15% daripada harga biasa RM168.00 bersih). Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun boleh menjamu selera dengan hanya RM84.00 bersih (selepas diskaun 50%).
Bufet High Tea Pada Hari Sabtu dan Ahad
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Bufet High Tea mereka pada hari Sabtu & Ahad. Dengan pilihan snek tempatan seperti goreng pisang yang rangup, cucur sayur, cekodok dan pencuci mulut seperti ABC ais kacang dan leng chee kang pasti berbaloi.
Berharga RM91.80 bersih seorang, (selepas diskaun 15% daripada harga biasa RM108.00 bersih). Selain itu, kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun makan hanya RM54.00 bersih (selepas diskaun 50%).
Datanglah ke Melting Pot Cafe untuk menikmati buffet makan malam dan high tea terbaharu kami, di mana setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan kepakaran oleh chef-chef kami yang berbakat. Nikmati pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan dengan sajian yang pelbagai dan lazat.
Untuk tempahan, sila hubungi 03-2717 2233 dan 012-399 0734.