Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Memang Tak Logik, Mustahil Saya Ini ‘Sugar Mummy’! – Sarah Suhairi 

    ‘Memang Tak Logik, Mustahil Saya Ini ‘Sugar Mummy’! – Sarah Suhairi 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sarah sarah

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi Sarah Suhairi didakwa menjadi ‘sugar mummy’.

    Risau ramai terpedaya

    sarahsarah

    Ketika ditemui Sarah mendedahkan terdapat individu yang menyamar menggunakan wajahnya dan mengaku bahawa dia adalah seorang ‘sugar mummy’. Penyamaran itu dilakukan untuk menipu mangsa dengan meminta sejumlah wang.

    Difahamkan individu berkenaan menyasarkan golongan lelaki muda untuk diperdayakan.

    Saya baru sahaja dapat tahu mengenai perkara ini apabila pihak pengurusan, Rusa Music memaklumkan ada individu membuat aduan ditipu wanita yang menyamar sebagai saya.

    Tak pasti sama ada menerusi aplikasi cari jodoh atau Telegram, tetapi individu itu mengguna pakai gambar-gambar saya selain mendakwa dirinya sebagai ‘sugar mummy’.

    Mangsa mengadu kepada pihak pengurusan saya kerana mengaku telah ditipu dan kerugian sejumlah wang yang banyak. Kata mangsa, muka memang saya tetapi nama Asim Binit.

    Penyanyi berusia 24 tahun itu berkata dia tidak menyangka wajahnya digunakan untuk tujuan memperdayakan orang ramai. Sarah juga berasa kecewa berikutan ianya boleh memberi impak buruk terhadap reputasinya sebagai anak seni.

    Bengang memang bengang tapi apa yang saya bimbangkan sekarang ialah takut ramai lagi  terperdaya dan kerugian sekali gus menyalahkan saya sedangkan sudah terang lagi bersuluh bukan saya.

    Pendek kata memang mustahil saya ini seorang ‘sugar mummy’! Memang tak logik. Saya pun tak pernah tipu atau buat kerja-kerja begitu, tidak berkat dan bukan itu cara saya dalam mencari rezeki.

    Bukan itu sahaja, saya juga risau perkara ini andai dibiarkan akan menjejaskan imej saya. Ini pertama kali berlaku dalam hidup sepanjang saya bergelar anak seni.

    Sarah berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    ALSO READ:  ‘Anak Ini Yang Tak berubah Adalah Cara Tidur Mereka’ – Coretan Ibu Meerqeen Sempena Hari Jadi Buat Ramai Tersentuh

    Risau perkara tersebut berlarutan, pelantun lagu SAH ini akan mengambil tindakan dan menggesa agar mangsa turut tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

    Saya akan buat laporan polis mengenai perkara ini. Ini bukan kes main-main.

    Saya harap mereka yang jadi mangsa juga kena tampil buat laporan polis, jangan biarkan sampah masyarakat seperti itu bersenang lenang mengaut keuntungan atas nama orang lain.

    Sarah juga meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan seperti ini.

    Saya juga berharap, orang ramai berhati-hati dan ambil maklum mengenai perkara ini.

    Jika ternampak ada orang yang menggunakan wajah saya, jangan percaya, itu bukan saya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts