Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMembeli Baju Raya Baharu Tuntutan Agama Atau Sekadar Keinginan Nafsu? Ini Jawapannya

    Membeli Baju Raya Baharu Tuntutan Agama Atau Sekadar Keinginan Nafsu? Ini Jawapannya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Tak dinafikan, membeli-belah sempena Hari Raya Aidilfitri termasuk membeli pakaian baharu sudah begitu sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah persediaan itu sudah dilakukan sejak awal Ramadan lagi.

    Namun, ramai tertanya-tanya apakah hukum orang meraikan hari raya dengan baju baharu, adakah ianya tuntutan agama atau sekadar keinginan nafsu? Ini jawapannya.

    ‘Sunnah dan termasuk perkara sunat’

    Sekadar gambar hiasan

    Susulan daripada itu, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa baju raya merupakan sunnah dan ianya termasuk dalam perkara sunat. Oleh itu, orang Islam digalakkan untuk meraikan hari raya kerana ianya adalah haru yang Allah SWT hadiahkan kepada kita.

    Baju raya ni hukum sebenarnya adalah sunnah dan termasuk perkara sunat. Saidana Umar pernah ditgeur kerana tidak memakai baju raya. Akhirnya Saidina Umar balik dan tukar pakai baju raya. Jadi yang kita salah faham pakai baju mahal, itu silap. Baju mahal bukan baju raya. Baju raya makna kita meraikan hari raya kerana ini lah hari yang Allah SWT beri kepada kita setelah kita Islam.

    Jika kita mampu, sunat beli baju baru. Kalau tak mampu pakai baju tahun lepas atau baju lama yang disimpin istimewa untuk dipakai.

    Sementara itu, menerusi laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang sunat adalah baju raya itu merupakan baju yang baru. Jika bukan baju yang baru maka disunatkan memakai pakaian yang hampir dengan baju yang baru seperti masih lagi cantik.

    Pembelian baju baru sebagai baju raya dilihat suatu simbolik untuk menyambut perayaan tidak kira Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha.

    Hal ini dilihat selari untuk menyahut galakan menghidupkan sunnah berhias dengan pakaian-pakaian yang cantik.

    Namun perlu difahami, berhias untuk kelihatan cantik tidak semestinya memakai baju baharu dan mahal. Maksud berhias sudah tertunai dengan memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Tidak kisahlah sudah berapa tahun baju itu dipakai.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tamatlah Perkahwinan 19 Tahun Kami Bina’ – Datuk Red Umum Isteri Pertama Tamat Idah, Elak Timbul Fitnah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts