Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMembesar Sebagai Anak Terbiar, Kisah Keperitan Hidup Semasa Kecil Buat Kael Hasilkan...

    Membesar Sebagai Anak Terbiar, Kisah Keperitan Hidup Semasa Kecil Buat Kael Hasilkan TEDUHAN KASIH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kael atau nama sebenarnya Michael Chien Er, telah lahir dari sebuah program realiti terbitan TV3 iaitu Lagu Cinta Kita Musim 2 (LCK2).

    Melancarkan Lagu Terbaru

    via Gramstudios

    Terbaharu, Kael telah melancarkan lagu terbaharunya iaitu Teduhan Kasih.

    Lagu ini amat bermakna buat Kael kerana bukan senang untuk Kael, seorang penyanyi berketurunan Cina, Peranakan dan Siam membawakan lagu-lagu Melayu.

    Menurut Kael, “Teduhan Kasih sangat istimewa buat Kael kerana dapat membuktikan keserasian Kael bekerjasama dengan seorang penerbit Melayu dari Kelantan.

    Teduhan kasih merupakan hasil ciptaan Aris Kapilla, manakala liriknya oleh Man Khan. Lagu ini mengisahkan tentang keperitan hidup yang akhirnya pasti akan bersinar jua akhirnya.

    Mengalami Keperitan Hidup

    via UTUSAN Malaysia

    Idea lagu ini tercipta apabila Kael dikelilingi bermacam-macam ragam manusia termasuklah yang mengalami keperitan dan kesusahan hidup sehingga mereka dihadiri oleh insan yang prihatin untuk membantu.

    Lagu ini memberi makna yang sangat besar buat Kael kerana ia berkait dengan kisah perjalanan hidupnya yang penuh dengan keperitan sejak kecil.

    Kael membesar sebagai anak terbiar di sebuah rumah anak yatim. Ibunya mengalami masalah mental sehingga menyebabkan keluarganya berpecah. Bapa dan ibu tirinya telah membawa Kael ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

    Menurut Kael dia ditinggalkan selama setahun di motel. Pekerja motel sering memberi perhatian dan memberikan makanan kepadanya sehinggalah mereka perlu mengosongkan bilik itu untuk disewakan kepada orang lain.

    Malah dia juga sering berkeliaran di kaki lima sekitar Kuala Lumpur dan pernah tidur di perhentian bas seorang diri selama hampir dua minggu.

    Belajar Dari Perit Getir Hidup

    via Gramstudios

    Kini terbukti perit getir hidup yang dilaluinya Kael berjaya mengeluarkan beberapa single bahasa Melayu, termasuk Original Sound Tracks (OST) untuk drama dan filem.

    ALSO READ:  Siti Saleha Lebih Berhati-Hati Ketika Buat ‘Live’, Beri Pesanan Kepada Mangsa Jenayah – ‘Tak Kira Lelaki Ke Perempuan, Pergi Buat Report’

    Antaranya lagu Cinta Jatuh (OST drama Mr Bibik) dan Sentuhan (OST drama Sentuhan Najwa). Lagu terbaru Kael , Teduhan Kasih yang akan keluar pada 1 December 2023 ini sangat mempunyai maksud yang mendalam iaitu secara tidak langsung  ia nya berkisah tentang  perjalanan perit hidup Kael.

    Khusus buat peminat setia Kael, jangan lupa untuk muat turun lagu-lagu KAEL di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial KAEL menerusi: Instagram: @itsmekaelhere,Tiktok: @eatyourkaelsalad , Facebook: @KAEL

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts