Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMementingkan Mutu Dan Barisan Pelakon, iQIYI Bawakan Elisya Sandha Dan Azrel Ismail...

    Mementingkan Mutu Dan Barisan Pelakon, iQIYI Bawakan Elisya Sandha Dan Azrel Ismail Dalam Mihrab Cinta Zulaikha

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    iQIYI, platform penstriman Asia yang kian popular sekali lagi kembali dengan buah tangan terbaharunya, sebuah drama bersiri istimewa berjudul ‘MIHRAB CINTA ZULAIKHA’.

    Barisan Pelakon Hebat

    via iQIYI

    Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon handalan tanah air seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As’ari, Arash Mohamad, Maria Farida dan adik Raf Iskandar.

    Drama bersiri sebanyak 12 episod ini bakal menemui pelanggan iQIYI bermula 17 Mei 2024, jam 9:00 malam.

    Drama ini mengisahkan tentang Zulaikha (Elisya Sandha), seorang wanita yang tabah, berdikari serta berpegang teguh pada ajaran agama yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim namun berdepan masalah kewangan apabila ujian datang menimpa.

    Kemunculan Yusof Hakimi (Azrel Ismail) sebagai penyelamat dalam membantu  menyelesaikan segala permasalahan di rumah anak yatim membawa kepada lamaran oleh Yusof terhadap Zulaikha.

    Mementingkan Mutu Penghasilan

    via iQIYI

    Setiap drama Original terbitan iQIYI mementingkan mutu penghasilan, jalan cerita yang menarik dan pemilihan pelakon-pelakon yang tepat dalam menjayakan sesuatu watak.

    iQIYI memaklumkan drama ini boleh ditonton oleh penonton yang berumur 18 tahun ke atas, manakala penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan untuk menonton disebabkan dasar konsep drama yang mendalam serta jalan cerita matang.

    Membantu Pemahaman Budaya

    via iQIYI

    Diharapkan drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA akan menarik perhatian dan memikat hati penonton melalui kisahnya yang mendalam dan menginspirasikan, dan semoga drama ini tidak hanya memperkayakan pengalaman penonton tetapi juga akan meneroka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai moral melalui karya asli ini.

    Jangan lupa temujanji anda bersama drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA mulai 17 Mei 2024, pada jam 9:00 malam.

    ALSO READ:  Trik Dato’ Alha Alfa & Wany Hasrita ‘Tackle’ Awning Tudung Bawal, Confirm On-Point Sepanjang Hari!

    Segera muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, taipkan MIHRAB CINTA ZULAIKHA dan terus strim melalui telefon pintar, tablet dan televisyen.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts