Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Memerang’ Tak Sesuai Dengan Usia? Ayda Jebat Jawab Mahu Kembalikan ‘Vibes’ Pencuri...

    ‘Memerang’ Tak Sesuai Dengan Usia? Ayda Jebat Jawab Mahu Kembalikan ‘Vibes’ Pencuri Hati & Temberang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ayda JebatAyda Jebat

    Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tidak mengambil pusing mengenai kritikan segelintir netizen yang menganggap lagu terbaharunya berjudul ‘Memerang’ tidak bersesuian dengan usia serta statusnya yang kini ibu kepada dua cahaya mata.

    Tak ambil hati komen netizen

    Ayda JebatAyda Jebat

    Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, berkata, dia menerima apa jua pandangan yang dilontarkan tanpa menyimpan dalam hati.

    Biasalah, nama pun peminat. Normal jika ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan lagu baru saya, ‘Memerang’ ini.

    Tetapi saya secara peribadi saya suka lagu itu, kalau ada yang kata tak matang sebab keluar lagu begitu, saya sudah pernah keluarkan lagu yang bergenre matang sebelum ini.

    Apabila saya keluar lagu matang, ada pula yang tanya bila nak lancar lagu seakan ‘Temberang’ dan ‘Pencuri Hati’. Sebab itu, ‘Memerang’ ini vibes seakan lagu ‘Temberang’ dan ‘Pencuri Hati’.

    Jika ada yang komen ‘Ayda awak dah ada dua anak, buatlah lagu yang bersesuai dengan umur’, saya rasa itu perkara yang subjektif.

    Ayda berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu ‘Memerang’ yang berlangsung di Genting SkyWorlds Theme Park, Genting Highlands, pada Khamis.

    Berkongsi lanjut, Ayda memberitahu identiti yang dibawa dalam lagu ‘Memerang’ adalah untuk mengembalikan konsep muzik yang pernah dibawakan sebelum ini.

    Kalau dulu masa muda saya teringin untuk kelihatan dewasa, tetapi sekarang apabila sudah dewasa saya fikir perlu untuk masuk dengan generasi sekarang.

    Saya kembali dengan identiti saya menerusi lagu ‘Memerang’. Perlu selari dengan peredaran zaman.

    ‘Memerang’ yang digubah dan ditulis oleh Ezra Kong merupakan sebuah lagu percintaan yang mengisahkan seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.

    ALSO READ:  Kes Hafidz Roshdi Didakwa Pukul Bekas Isteri Ditarik Balik, Mahkamah Tetap Sebutan Semula Pada 13 Ogos Ini

    Menariknya lagi, muzik video ‘Memerang’ menampilkan ramai selebriti dan pempengaruh seperti Liza Abdullah, Kasih Iris Leona, Ceddy Ang, Rose Nicotine dan anak sulung Ayda iaitu Ana Nayla.

    Malah, bintang tampan dari Indonesia, Gabriel Phrince turut membuat kemunculan dalam muzik video tersebut.

    ‘Memerang’ kini sudah boleh didengar di semua platform penstriman.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts