Kemarin, episod kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) telah berlangsung di Studio 1, Glenmarie, di mana lagu Sutera yang dinyanyikan oleh Aisha Retno telah dipilih sebagai Lagu Terbaik.
Sutera Dicalonkan Sebagai Lagu Terbaik SFMM38
Aisha Retno membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.
Lagu Pilihan Alha Alfa yang membuatnya memenangi wang tunai RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa, dimenangi oleh Ernie Zakri melalui lagu berjudul Astana.
Markah untuk Lagu Terbaik dinilai sepenuhnya oleh juri manakala Lagu Pilihan Alha Alfa dipilih oleh peminat melalui pengimbasan QR Code yang terdapat sepanjang siaran langsung.
Peminat Setuju Dengan Keputusan Juri
Selepas kejayaan yang dianugerahkan pada SFMM38, peminat mulai mengunggah semula video nyanyian Aisha Retno di media sosial.
Setelah membaca ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan keputusan juri yang mengiktiraf lagu Sutera sebagai Lagu Terbaik pada hari kedua SFMM38.
Aku bukan peminat Aisha, masa dia masuk vokal mania, bigstage aku tak minat sungguh dengan dia ni. Rasa macam over betul sometimes, tapi aku tak nafikan lagu ni kuat dari banyak aspek. Lirik, musik, retrospeksi dia lain dari lagu-lagu lain. Layak untuk menang Anugerah Juara Lagu kali ini.
Kali pertama dengar lagu di Semi Final dan bukan peminat Aisha Retno. Tapi setakat 22 lagu ni, saya dapat rasa lagu ni boleh jadi Juara Lagu 38
Mengharapkan Menang Sebagai Juara AJL38
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa netizen yang sebelum ini tidak meminati lagu ini, tetapi mulai meminati Aisha setelah melihat penampilannya pada SFMM38.
Bahkan, peminat juga turut berdoa agar Aisha layak ke Anugerah Juara Lagu 38 dan menjadi juara untuk AJL38 ini.