Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Menangis Dan Buat Sujud Syukur” – Ainan Tasneem Terharu Dapat Pergi Konsert...

    “Menangis Dan Buat Sujud Syukur” – Ainan Tasneem Terharu Dapat Pergi Konsert Siti Nurhaliza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac tahun depan habis terjual dalam tempoh dua jam.

    Habis Dijual Dalam Masa 2 Jam

    Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata, pihaknya meminta maaf kepada semua yang tidak mendapat tempat pada persembahan mega solo di Axiata Arena itu nanti.

    Malah, luahan kekecewaan tidak berpeluang menjadi sebahagian daripada penonton di venue acara berkapasiti 15,000 orang itu diluahkan dalam ruangan komen. Tidak kurang ada yang meminta Siti menambah untuk satu malam lagi.

    Konsert Berbayar Pertama Kali

    via Instagram Ainan Tasneem

    Salah seorang dari peminat Siti adalah Ainan Tasneem yang merupakan rakan artis. Dia juga tidak melepaskan peluang mendapatkan tiket konsert Siti Nurhaliza.

    Melihat di IG Story miliknya, Ainan mendedahkan persembahan itu adalah konsert berbayar pertama bakal
    dihadirinya malah sanggup menunggu giliran secara atas talian bagi membeli tiket.

    Suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi juga akan menemaninya ke konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Saya tidak pernah pergi konsert berbayar seumur hidup tetapi untuk Siti Nurhaliza ada pengecualian. Saya memang minta izin suami untuk teman pergi tengok konsert.

    Lagipun Siti Nurhaliza sendiri beritahu konsert ini dianjurkan untuk sumbangan ke Palestin.

    Berjuang Selama 2 Jam

    via Instagram Ainan Tasneem

    Ainan juga berkongsikan pengalaman dia berjuang selama 2 jam untuk mendapatkan tiket dan gagal, namun beruntung kerana salah seorang rakannya berjaya tembus dan membeli tiket untuk dia dan suami.

    Saya gembira dapat tiket pergi konsert Tokti sampai menangis dan buat sujud syukur. Hebat betul penangan Siti Nurhaliza.

    Dalam masa sama, Ainan juga sempat berkongsi memori saat pertama kali dia menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza dalam sebuah acara kira-kira 22 tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Pemandi Jenazah Kongsi Kisah Mayat Pakai Susuk – ‘Hujan Turun Selebat-Lebatnya, Ada Saja Aral’

    Malah persaan kagum terhadap Siti juga semakin bertambah apabila mula bergelar artis dan dapat berkongsi satu pentas dengan penyanyi tersebut.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts