Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Menanti Untuk Berkongsi Momen Indah Bersama,” – Syafiq Kyle Dan Mimi Lana...

    “Menanti Untuk Berkongsi Momen Indah Bersama,” – Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Beri ‘Hint’ Bakal Berkahwin?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Menanti untuk berkongsi momen indah bersama.”

    Demikian status yang dikongsikan pelakon Syafiq Kyle dalam Instagram miliknya, sekali gus memancing teka-teki netizen tentang maksud  kapsyen tersebut.

    Menambahkan  keterujaan peminat apabila pelakon Mimi Lana turut berkongsi status dengan kapsyen hampir serupa dalam bahasa Inggeris, seolah-olah memberi bayangan mereka akan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan.

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, dalam Instagram miliknya, pelakon tinggi lampai itu berkongsi sekeping foto ketika berada di sebuah butik dengan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

    “Looking forward to sharing moments with… (tidak sabar berkongsi detik dengan…),” kongsi Mimi.

    Malah, Syafiq juga berkongsi foto dirinya berada di butik yang sama dengan Mimi.

    Perkongsian kedua-dua pelakon itu sekali gus menimbulkan spekulasi apabila mendakwa mereka hadir ke butik berkenaan untuk sesi ‘fitting’ baju pengantin.

    Malah, ramai juga yang mendoakan agar hubungan cinta antara Syafiq atau Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, dan Mimi kembali terjalin semula dan berakhir ke jenjang pelamin.

    “Ok faham! Semoga segala urusan dipermudahkan,” kata seorang pengguna Instagram.

    Terdahulu, pasangan tersebut sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi mereka pula akan diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malamnya.

    Bagaimanapun, pengurus kepada Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan tersebut atas alasan kedua-duanya terikat dengan jadual penggambaran, selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

    Bagaimanapun, sekitar bulan lalu, Mimi dan Syafiq kembali mencuri perhatian apabila dilihat makan malam bersama, sekali gus mengundang spekulasi hubungan mereka sudah kembali terjalin.

    ALSO READ:  Akui Diri Bodoh Jika Bercumbuan Dengan Kawan Sendiri, Merqeen Nafi Bercium Mulut Dengan Mimi Lana

    Sebelum itu, sekitar Mei 2020 pasangan berkenaan juga pernah putus cinta selepas lima tahun bersama, tetapi kasih mereka bertaut semula tidak lama kemudian.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts