Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Menanti Untuk Berkongsi Momen Indah Bersama” – Syafiq Kyle Dan Mimi Lana...

    “Menanti Untuk Berkongsi Momen Indah Bersama” – Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Beri Petunjuk Sesuatu Buat Netizen?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah menjadi tumpuan apabila mereka kelihatan berdua keluar bersama untuk makan malam di gerai makan di sekitar Kuala Lumpur.

    Fokus Kepada Kerjaya

    via Instagram Mimi Lana

    Mimi juga menyatakan bahawa keduanya kini ingin memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

    Saya dan Syafiq kedua-duanya dalam keadaan yang baik tetapi buat masa ini kami memilih untuk memberi tumpuan kepada diri dan kerjaya masing-masing.

    Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin menjelaskan bahawa dia dan Syafiq keluar bersama selepas menghadiri sesuatu ‘event’ dan perkara tersebut adalah kebiasaan yang sering mereka lakukan.

    Apa yang boleh saya katakan, saya dan Syafiq macam tu lah.. Kami keluar makan selepas menghadiri majlis tayangan filem War On Terror. Jadi, selepas itu kami pergi makan.

    Sementara itu, Mimi juga memberitahu mengenai perkongsian putus cinta yang dimuat naik di Instagram hanya bersifat umum.

    Berkongsikan Sesuatu Yang Mengembirakan

    via Instagram Syfiq Kyle

    Baru-baru ini, satu perkongsian di Instagram oleh Syafiq Kyle dan Mimi Lana seolah-olah memberikan petanda bahawa sesuatu yang mengembirakan akan berlaku.

    Dalam Instagram Syafiq, dia menyatakan sedang menanti untuk berkongsi saat indah bersama, manakala Mimi pula berkongsi ‘caption’ yang hampir sama tetapi dalam bahasa Inggeris.

    Jika dilihat, kedua-duanya berada di tempat yang sama dan dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai netizen tidak sabar untuk menunggu perkongsian yang bakal dikongsi oleh kedua-dua artis ini.

    Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang berharap agar Syafiq dan Mimi berkongsi mengenai hubungan mereka yang telah dipulihkan setelah perpisahan sebelum ini.

    Sebelum ini, Mimi dan Syafiq telah mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadualkan berlangsung di Pahang pada 18 Ogos yang lalu.

    ALSO READ:  Mimi Lana Dan Syafiq Kyle ‘Disahkan’ Tidak Kembali Bercinta, Sebaliknya Jalin Hubungan Sebagai ‘BFF’!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts