Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMenantu Dedah Sikap Sebenar Siti Nurhaliza Di Rumah – “Marah Pun Macam...

    Menantu Dedah Sikap Sebenar Siti Nurhaliza Di Rumah – “Marah Pun Macam Aafiyah Je… Tu Pon Macam Menyanyi”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa saja yang tidak mengenali dengan individu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pasti setiap gerak geri dan perilakunya menjadi perhatian.

    Jika dilihat kembali, banyak kisah-kisah kebaikan yang terbit atas kebaikan yang dilakukan oleh individu yang bernama Siti Nurhaliza ini.

    Banyak Memberikan Sumbangan Dan Bantuan

    Antaranya kisah sumbangannya keatas rakyat-rakyat di Palestin dan macam-macam lagi.

    Turut menjadi perhatian apabila bekas pekerja Siti Nurhaliza  sendiri menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai bidadari apabila sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM90,000 bagi menyiapkan kerja ubah suai kediamannya sekitar dua tahun lalu.

    Siti dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan mengeluarkan wang sebanyak itu selepas bekas pekerja ditipu kontraktor sehingga menyebabkan kerja ubah suai rumahnya tergendala.

    Terbaru satu perkongsian dalam segmen temubual podcast Apa Cerita ada memanggil menantu kepada Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin.

    Dalam sesi temubual tersebut, Tya ditanya oleh moderator mengenai perasaanya menjadi menantu kepada penyanyi ikonik negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan diluar kelihatan sempurna dan glamour.

    Menantu Dedah Sikap Siti Nurhaliza Di Rumah

    via Youtube Apa Cerita

    Balas Tya, Siti Nurhaliza adalah seorang yang rendah diri dan dirumah semua orang dilayan dengan sama rata.

    Kat dalam rumah pon sama, tak pernah marah, jarang nampak meninggikan suara.

    Ala marah tu pun dengan Aafiyah jela dengan anak kecik kan.

    Itupun “Aafiyaaah”, itupun macam nak menyanyi

    Malah Tya juga menyatakan bahawa Siti tidak pernah marah dan jarang untuk mereka melihat Siti Nurhaliza marah.

    Tambah Tya, jika Siti marah adalah ketika menegur anaknya Aafiyah, dan cara Siti marah dikatakan seolah-olah macam bernnyanyi.

    Jawapan tersebut dilihat turut disokong oleh Asyraf Khalid yang merupakan suami kepada Tya Ariffin.

    ALSO READ:  Pakaian Dalam Menantu Selalu Hilang & Ada Tompokan Air Mani, Mak Mentua Cakap Angkara Makhluk Halus

    Sekadar rekod, Tya Ariffin dan Asyraf Khalid telah mengikat tali perkahwinan pada November 2015.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts