Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMenarik! REXPERIENCE Kembali Dengan Pameran ‘Twilight’

    Menarik! REXPERIENCE Kembali Dengan Pameran ‘Twilight’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    REXPERIENCE, Sebuah galeri seni digital imersif terbesar di Malaysia mengumumkan musim ketiganya, “Twilight,” pada9 Ogos 2024. Musim ini membawakan seni jalinan tradisi dan moden, emosi dan teknologi, zaman dahulu dan masa hadapan, dengan mempamerkan kesenian inovatif daripada artis tempatan dan global.

    Rentasi koridor sejarah Malaysia melalui lensa penceritaan digital seni batik tradisional dankontemporari dengan “Hanya Batik,”. Artis Arif Rafhan, Fahmi Hosnan, Ian Kit, dan Cuurley mempersembahkan suatu naratif yang mengaitkan kehidupan seharian, penanda aras bersejarah, dan sambutan kebudayaan secara lancar yang menyambung zaman lampau pastoral Malaysia dengan keadaan semasa yang dinamik

    Hanya Batik

    Nikmati bentuk geometrik dan organik yang dijajarkan melalui “Geometry of Emotion,”.Penerokaan sensori oleh Fabien Bouchard dan Mathieu Pernaud menggunakan tayangan tepat masa dan bunyi ruangan untuk menyelami lanskap emosi yang dibentuk oleh data digital, yang menggambarkan hubungan kita dengan teknologi.

    Geometry of Emotions

    Alami persimpangan tarian, muzik elektronik dan video generatif dengan Colas Fiszman dan Laurent Delforge melalui “Escape”. Persembahan ini memaparkan pergerakan penari secara serentak dengan projeksi dinamik, yang menawarkan eksplorasi pelbagai disiplin tentang tema kemasyarakatan dan identiti diri.

    Escape

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif RXP.KL, Sebastian Jurkowski menyatakan bahawa dengan Twilight, mereka bermatlamat untuk  memupuk seni kreatif di Malaysia di samping meningkatkan pendedahan masyarakat kepada seni yang mengasyikkan.

    “Musim ini membawakan artis Malaysia dan antarabangsa untuk mewujudkan persekitaran unik dan kolaboratif yang memberi penghormatan kepada kisah masa lampau Panggung REX di Kuala Lumpur.

    Bengkel yang diterajui artis ini adalah penting dalam misi kami untuk menjadi konservatori bagi bakat artistik digital di Malaysiadengan menyediakan peluang untuk meneroka dan berinovasi dalam bidang yang semakin berkembang ini”- kata Jurkowski

    View this post on Instagram

    A post shared by REXPERIENCE (Digital Immersive Art Space) (@rxp.kl)

    Bengkel ini akan diadakan pada 5 Ogos 2024. Dapatkan tempat anda diwww.rxpkl.com dan jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan seni artistik anda dan bertemu dengan rakan kreatif lain.

    Tiket awal (early bird) boleh didapati sehingga 9 Ogos di www.rxpkl.com. Tenggelami diri anda dengan penemuan unik di RXP.KL. “Twilight” disyorkan untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts