Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMencari Anak Angkat Berbangsa India, Iqbal Zulkefli Dedah Kenapa Tidak Melalui JKM

    Mencari Anak Angkat Berbangsa India, Iqbal Zulkefli Dedah Kenapa Tidak Melalui JKM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, umum mengetahui bahawa sebelum ini usahawan dan selebriti Iqbal Zulkefli telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Ahmad Ziyad.

    Telah Memiliki Seorang Anak Angkat Berusia 2 Tahun

    via Instagram Iqbal Zulkefli

    Iqbal juga turut berkongsi satu video di laman Instagram miliknya dia mengambil seorang anak angkat lelaki pada 30 April 2022.

    Menurut Iqbal, tindakan yang dilakukan tersebut bukan main-main dan dia sudah memikirkannya masak-masak sebelum membuat keputusan untuk memikul tanggungjawab itu.

    Tambahnya, tugas baharu sebagai seorang bapa mengajar dia menjadi seorang yang lebih penyabar.

    Berhajat Untuk Mengambil Anak Angkat Berbangsa India

    via Instagram Iqbal Zulkefli

    Terbaru, satu hantaran video di Instagram milik Iqbal menjelaskan bahawa dia berhajat untuk mengambil seorang lagi anak angkat, tetapi kali ini anak angkat yang berbangsa India.

    Sekarang saya mempunyai hajat yang baru untuk memiliki seorang lagi anak angkat yang berbangsa India.

    Ini buka suatu benda yang untuk menarik perhatian ataupun content untuk viral. Dengan apa carapun, mintalah jasa baik kepada masyarakat semua dapat tolong., bolehlah hubungi saya dimana-mana platform media saya.

    Insyallah saya cuba jaga yang terbaik, sehabis yang baik yang boleh saya juga.

    Jelas Iqbal, perkara tersebut bukanlah untuk menarik perhatian mahupun kandungan untuk “viral”, tetapi dia minta jasa baik masyarakat untuk dapat menolongnya mendapatkan anak tersebut.

    Menjelaskan Kenapa Tidak Melalui JKM

    via Instagram Iqbal Zulkefli

    Perkara tersebut meraih perhatian netizen, diruangan komen sesetengan netizen turut memaklumkan kepada Iqbal untuk memiliki anak angkat dengan cara melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Namun, Iqbal turut menjelaskan bahawa dia boleh melalui saluran JKM, cuma proses tersebut akan mengambil masa kerana agak lama menunggu.

    Iqbal juga turut menjelaskan mengapa dia membuat hantaran melalui media sosial kerana proses untuk memilik anak angkat tersebut lebih cepat.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts