Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMendahului Negara Jiran! Versi Seram Winnie The Pooh 2 Terjah Pawagam Malaysia...

    Mendahului Negara Jiran! Versi Seram Winnie The Pooh 2 Terjah Pawagam Malaysia Lebih Awal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Winnie The poohWinnie The pooh

    Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Menjadi fenomena global tahun lalu dengan memperkenalkan Winnie The Pooh versi menggerunkan.

    Winnie the Pooh: Blood and Honey 2

    Winnie the Pooh: Blood and Honey 2Winnie the Pooh: Blood and Honey 2

    Paling menjadi keterujaan apabila filem tersebut kini kembali dengan sekuel yang pasti membuatkan peminat Malaysia tidak senang duduk pada 10 April ini.

    Filem pertama dalam edisi Winnie The Pooh ini menjadi perbualan hangat tahun lepas bukan sahaja kerana pengolahan karakter yang berbeza tetapi turut mengundang kontroversi.

    Bukan sahaja itu, tetapi suhu politik di Hong Kong, China yang sedikit panas pada tahun lepas yang menyebabkan tayangan filem tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang alasan telah menghebohkan lagi topik tersebut antara netizen sedunia.

    Walaupun menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat genre tersebut, pengedar akhirnya terpaksa akur untuk menarik filem itu daripada ditayangkan di pawagam. Keputusan tersebut turut diikuti pengedar filem tempatan, menyebabkan filem popular berkenaan gagal ditayangkan di Malaysian.

    Namun begitu, sekuel Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 kini akan menghantui peminat di Malaysia apabila hak pengedaran filem tersebut berjaya diperolehi Mega Films Distribution. Poster rasmi tayangan di Malaysia yang dikongsikan baru-baru ini menjanjikan Winnie The Pooh yang kejam akan menghantui pawagam di seluruh negara bermula 10 April ini. 

    Dalam sekuel kali ini, Winnie The Pooh turut disertai karakter klasik lain termasuk Tigger dan Piglet. Dengan kod saringan yang ketat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ramai pasti teruja untuk melihat filem ini sama ada kesemua babak seramnya akan dilulus atau dipotong secara selektif oleh LPF.

    Tayang awal di Malaysia!

    Adalah difahamkan bahawa filem tersebut telah berjaya mendapat tarikh tayangan awal di Malaysia, mendahului negara jiran seperti Singapura dan Thailand masih menunggu jawapan rasmi berkenaan tayangan di negara masing-masing. 

    ALSO READ:  Pengalaman Memiliki Bayi yang Kuat dan Selesa Tanpa Alahan selama Kehamilan - Aisyah Hijanah

    Dalam trailer yang dipromosikan Winnie the Pooh: Blood and Honey 2, beberapa babak yang dipaparkan dilihat memberi penghormatan kepada filem bergenre seram klasik seperti, IT, Scary Stories to Tell in the Dark, The Texas Chainsaw Massacre, Halloween serta Happy Death Day.

    Poster rasmi tayangan di Malaysia tersebut amat mengujakan peminat dan kini telah menerima 500 tanda suka sekali gus menandakan sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penonton tempatan.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts