Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengaku Bersalah Buat Kelucahan Melampau, Hukuman Penjara PU Azman Ditambah 14 Bulan...

    Mengaku Bersalah Buat Kelucahan Melampau, Hukuman Penjara PU Azman Ditambah 14 Bulan Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tambahan sebanyak 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor hari ini atas kesalahan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki dua tahun lalu.

    Mengaku bersalah

    Memetik laporan Kosmo, Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid menjatuhi hukuman itu selepas PU Azman mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Hukuman penjara diperintahkan berjalan bermula hari ini.

    Terdahulu, PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.

    PU Azman atau lebih mesra disapa sebagai Cik Man didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam, 10 Jun lalu.

    Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

    Peguam Fahmi Adilah dalam mitigasinya memaklumkan anak guamnya seorang duda yang telah insaf dan menyesal atas perbuatannya selain berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

    Katanya, tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September lalu atas sabitan kesalahan amang seksual.

    Anak guam juga memohon maaf kepada pengadu terlibat, kerajaan Malaysia khususnya Polis Diraja Malaysia dan mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara). Pengakuan salah ini didorong oleh faktor keinsafan tertuduh. Justeru dengan rendah diri dan harapan yang tinggi berharap mahkamah memberikan hukuman yang minimum.

    Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi menegaskan, sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu.

    Pengakuan salah bukan salah satu sebab untuk diberikan diskaun (hukuman) kepada tertuduh. Faktor keringanan hukuman yang ringan bukan faktor mitigasi yang boleh dipandang enteng oleh mahkamah sebaliknya perlu mengambil kira keseriusan kesalahan dan kepentingan awam.

    ALSO READ:  Kempen ‘Make It Make Cents’ oleh SAYS Menggalakkan Kesedaran Kewangan

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts