Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengakui ‘Serik’ Berdepan Zaman Dibenci Ramai Orang Gara-Gara Isu Curang, Kereta Shuk...

    Mengakui ‘Serik’ Berdepan Zaman Dibenci Ramai Orang Gara-Gara Isu Curang, Kereta Shuk Sahar Pernah Diludah Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Budaya pembatalan adalah satu budaya popular yang dipercayai mula muncul pada tahun 2017 di Twitter di mana ketika itu gerakan tersebut menentang penderaan dan gangguan seksual di tempat kerja.

    Gerakan tersebut berjaya menyedarkan satu dunia dengan hanya menggunakan tanda pagar di Twitter dan ia telah menjadi satu gerakan yang menggoncang dunia.

    Ini kerana budaya pembatalan ini mengakibatkan satu sosok, ataupun satu organisasi ‘jatuh’ dengan hanya makian dan cercaan para netizen yang datang entah dari mana-mana. Kepercayaan masyarakat mula hilang apabila sudah di’cancel’ di dalam media sosial.

    Sebagai contoh, setelah sering terpalit isu curang sehingga rumah tangga musnah, pelawak Shuk Sahar mengakui melalui detik yang cukup memeritkan apabila dirinya dibenci ramai orang.

    Jelas Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar selain teruk dikecam kereta miliknya pernah diludah seorang individu ketika sedang makan di Pulau Pinang.

    “Pernah ada seorang mak cik nampak saya dan terus membisikkan sesuatu kepada anaknya sambil tunjuk reaksi benci.

    “Ingat sampai situ sahaja tetapi apabila dia lalu di sebelah kereta saya, saya nampak dia meludah,” dedahnya dalam sebuah podcast.

    Meski panas hati dengan perbuatan wanita terbabit, pelawak itu hanya mendiamkan diri kerana sedia maklum dengan ‘budaya pembatalan’ atau satu bentuk pemulauan sosial.

    “Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap  rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

    Sebelum ini, Shuk berdepan krisis rumah tangga dengan bekas isterinya, Sera kerana didakwa bermain kayu tiga dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh.

    Berkali-kali ‘kantoi’ dan tidak tahan dengan kemelut berpanjangan, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah nekad memfailkan cerai pada Mac 2022 sebelum mereka sah berpisah pada 27 Mac tahun lalu.

    ALSO READ:  ‘Ini Kali Pertama Saya Pegang Trofi Juara’ – Shiha Zikir Umum Tak Akan Sertai Program Realiti Lagi
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts