Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengalah Dan Buang Ego Yang Menyelamatkan Rumah Tangga Beego Dan Linda Daripada...

    Mengalah Dan Buang Ego Yang Menyelamatkan Rumah Tangga Beego Dan Linda Daripada ‘Bercerai Seketika’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Membina sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera adalah tuntutan ajaran Islam.

    Ini kerana Islam sebagai agama yang mengatur segenap aspek kehidupan manusia sentiasa menganjurkan umatnya untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia terutama dengan ahli keluarga.

    Oleh itu, setiap ahli keluarga terutama pasangan suami isteri harus mengamalkan sifat memberi dalam erti kata bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab memberikan nafkah serta saling membantu dalam urusan rumah tangga.

    Berbahas soal ini, saling mengalah dan melupakan ego adalah kunci yang menyelamatkan rumah tangga pelakon Beego, 43, dan isterinya, Linda Hashim, 39, selepas diuji dengan ‘penceraian sementara’ pada Mac lalu.

    Menurut Beego, hubungan mereka menjadi retak kerana kurangnya komunikasi menyebabkan masing-masing saling memendam.

    “Bila rumah tangga kita dalam keadaan goyah, satu akan pergi manakala satu lagi akan kekal. Waktu itu saya yang pergi dan Linda masih setia di situ.

    “Linda minta saya kembali dan cakap sesuatu yang membuatkan saya tersedar untuk menyelamatkan rumah tangga. Ini bukan tentang siapa salah atau siapa paling ego. Kita hanya perlukan seorang untuk berkata sesuatu kepada pasangannya.

    Menurut sumber, mengulas mengenai fasa penceraian tersebut, Beego mengakui mungkin sebelum ini dia dan Linda kurang matang dalam menyelesaikan konflik.

    Namun begitu, masing-masing memang tidak menghebahkan atau memberi ‘petanda’ apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka di media sosial.

    “Memang kami hanya diam-diam. Kami bukan perahsia cuma tidak suka menghebahkan. Orang dapat tahu pun apabila saya ada terserempak dengan Puteri Sarah semasa kesnya di mahkamah.

    Sebelum ini, Beego dan Linda disahkan bercerai pada 27 Mac lalu. Namun begitu, jodoh mereka kuat apabila rujuk semula dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Che Ta Berjoging Sambil Pakai Kaftan, Cetus Perhatian Netizen!-“Tudiaaaa Cik Kak Oii”

    Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts