Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengalami Penderitaan Sakit Tanpa Penawar Selama 20 Tahun - Pengalaman Haliza Maysuri

    Mengalami Penderitaan Sakit Tanpa Penawar Selama 20 Tahun – Pengalaman Haliza Maysuri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    haliza sihirhaliza sihir

    Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mendedahkan dia telah diuji dengan penyakit mistik sejak 20 tahun yang lalu.

    Ada yang iri hati

    haliza sihirhaliza sihir

    Menerusi temu bual bersama Nona, Haliza berkata dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya itu namun gagal.

    Saya memang diuji dengan sakit yang tiada ubat, saya diuji begini sejak 20 tahun lalu. Sudah pun berubat di hospital swasta, di hospital kerajaan..dalam dan luar negara.

    Saya selalu bermimpi dan nampak apa yang manusia normal tak nampak. Berubat ke sana ke mari tapi lebih sakit.

    Dalam pada itu, usahawan tersebut turut berkongsi pengalamannya semasa mengalami perut busung.

    Bila saya berada di tempat perniagaan saya, akan mudah jatuh pengsan dan banyak kejadian pelik terjadi kepada saya.

    Saya pernah mengalami busung yang sangat sakit. Ketika saya ada di butik, perut saya seperti orang mengandung dan membesar.

    Kalau di rumah, akan terjadi apabila masuk waktu asar sampai lepas maghrib kemudian baru ianya kempis semula.

    Bercerita lanjut, Haliza mendedahkan dia pernah dihubungi oleh seorang pengamal perubatan yang mengetahui tentang urusan jual beli perniagaannya.

    Pernah saya berniaga di butik saya di Jalan Tengku Abdul Rahman, ketika itu ada pelanggan daripada China memborang tudung sebanyak RM200,000.

    Yang saya hairan, macam mana pengamal perubatan ini boleh tahu.

    Dia telefon saya, ā€˜Haliza, malam ni berubat..pandai sangat berniaga, orang lain RM200 pun susah nak dapat kau berniaga RM200,000 senang sahaja.ā€™ Dia kata dia nak buat lagi.

    Sementara itu, Haliza berkata suaminya, Mohd Rosli Awang banyak membantunya dan sudah terbiasa dengan situasi tersebut berikutan ianya sering terjadi.

    Terdahulu, Haliza Maysuri tiba-tiba rebah semasa majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh syarikatnya baru-baru ini.

    ALSO READ:  Letak Kapyen Emoji Hati, Marissa Dania Pertama Kali ā€˜Uploadā€™ Gambar Bersama Aslam

    Warganet kemudian mendakwa insiden tersebut berkemungkinan berpunca daripada penyakit ain akibat perasaan hasad dengki seseorang.

    @nona.my

    ā€œSaya diuji dengan penyakit yang tiada ubat..ā€ Haliza Maysuri Nantikan video penuh Bling Bling Raya di YT & FB Majalah Nona. #majalahnona #nona #blingblingraya #halizamaysuri #bawalexclusive #malaysia #singapore #indonesia #brunei

    ? original sound ā€“ NONA ā€“ NONA

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts