Ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa pilu terhadap ujian yang menimpa anak lelakinya itu setelah sah bercerai talak satu pada Khamis.
Datin Patimah menerusi Insta Stories, mengakui dirinya mengalirkan air mata apabila melihat Syamsul terpaksa mengharungi takdir hidupnya secara keseorangan.
“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri.”-tulis Datin Patimah di Insta Stories
“Namun Doaku Sentiasa Mengiringi Perjalanan Hidupmu…”
Walaubagaimanapun, dia sebagai ibu sentiasa menitipkan doa agar segala urusan anaknya itu dipermudahkan.
“Namun doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan.”-titip Datin Patimah
Dipetik dari laporan Sinar Harian, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor telah mengesahkan Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu pada Khamis.
Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, selepas wujud pelanggaran taklik.
Sebelum ini, Syamsul dan Ira telah mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand berwalikan bapa kepada Ira yang juga pelakon veteran iaitu Kazar Saisi.
Perkahwinan tersebut menyebabkan pelakon, Puteri Sarah Liyana yang ketika itu masih menjadi isteri pertama kepada Syamsul bertekad untuk memfailkan penceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun 2023.
Kasih ibu tiada batasnya…Apa komen anda?