Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengambil Kanser Sebagai Ancaman Serius: Adakah Anda Telah Mula Berusaha Untuk Bersedia?

    Mengambil Kanser Sebagai Ancaman Serius: Adakah Anda Telah Mula Berusaha Untuk Bersedia?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bahaya kanser menjadikannya antara penyakit yang paling digeruni. Jika diberi pilihan, min yakin kita semua tak mahu menghidap penyakit ini, betul tak?

    Namun, siapalah kita hendak menentukan bila kita akan sakit dan apa sakit kita…

    Jadi, persiapkanlah diri kita sebaiknya kerana untuk melawan kanser, mental yang kuat dan pembiayaan yang mencukupi amat diperlukan.

    Mungkin kita merasakan kita masih muda, sihat dan yakin bahawa kita tidak akan ditimpa dengan apa-apa penyakit ataupun perkara buruk tapi tak salah kalau kita buat persediaan awal sebagai langkah berjaga-jaga.

    PruBSN Damai, perlindungan Takaful dan solusi perubatan komprehensif

    Moden, komprehensif dan mampu milik. Sejujurnya, inilah yang min dapat ringkaskan tentang pakej perlindungan PruBSN Damai.

    Pakej perlindungan takaful ini menyediakan perlindungan sehingga umur 100 tahun untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, perubatan dan kemasukan ke hospital, penyakit kritikal serta mental, kemalangan dan banyak lagi.

    Memandangkan kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, sangat penting untuk kita bersiap sedia dari segi kewangan bagi menjamin perlindungan kehidupan yang mencukupi untuk korang dan insan tersayang. 

    Bukan apa, sementara masih muda dan sihat ni lah kita kena bertindak segera!

    Ye la, tak ada siapa yang tahu bila kemalangan atau penyakit akan menimpa seseorang.

    Kalau korang nak tahu, PruBSN Damai merupakan pakej solusi perubatan moden patuh Syariah yang merangkumi manfaat perlindungan asas dan rider Medic TotalCare, Crisis Protector dan Accidental Medical Protector mengikut keperluan dan bajet pelanggan.

    Terdapat beberapa pelan yang korang boleh ambil antaranya ialah PruBSN DamaiGenZ iaitu penyelesaian perubatan komprehensif dan moden yang direka khas untuk gaya hidup Generasi Z. 

    ALSO READ:  ‘Perceraian Tak Semestinya Bawa Bencana, Kadang Bawa Kebahagiaan’ – Rosyam Nor

    Pelan PruBSN DamaiGenZ bukan sahaja takkan membebankan korang dari segi kewangan memandangkan perlindungan ini mampu milik dan berpatutan, malah ia juga boleh menjadi perisai terhadap potensi krisis kewangan, sekiranya malang berlaku. 

    Maklumlah, golongan Generasi Z ni kebanyakannya baru mula bekerja dan memulakan kehidupan, jadi, pelan perlindungan yang berpatutan dan berbaloi sangat diperlukan untuk memberikan kehidupan yang tenang tanpa kerisauan. 

    Lagi pula, usia muda tidak semestinya menjamin badan yang sihat kerana penyakit tidak kenal usia walaupun korang merupakan seorang yang aktif. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan perlindungan yang sewajarnya. 

    Ini sekaligus, memberikan korang fleksibiliti untuk pilih perlindungan apa yang korang nak mengikut bajet yang korang ada.

    Bahaya KanserBahaya Kanser

    Lebih menarik lagi, korang juga akan menerima perlindungan rawatan kanser yang meluas melalui Medic TotalCare, termasuk had tahunan tambahan (apabila didiagnosis dengan kanser) dan had seumur hidup yang tinggi untuk rawatan kanser pesakit luar.

    Disamping itu, korang juga akan mendapat sokongan untuk rawatan kesihatan mental.

    Ada 8 keadaan gangguan mental yang mereka cover untuk rawatan psikiatri pesakit dalam dan pesakit luar.

    Perincian perlindungan istimewa Medic TotalCare.

    1. Perlindungan Kanser yang meluas dan had tambahan rawatan perubatan teknologi maju.

    • Had Tahunan Tambahan untuk Kanser, Serangan Jantung atau Kegagalan Buah Pinggang.
    • Rawatan Kanser Pesakit Luar untuk menampung kos rawatan pesakit luar kemoterapi atau radioterapi sepanjang proses pemulihan.
    • Penjagaan Susulan Remisi Kanser untuk memantau kanser berulang secepat mungkin.
    • Elaun Tunai Harian apabila anda mendapatkan rawatan susulan untuk kemoterapi, radioterapi, dialisis buah pinggang atau susulan selepas serangan jantung.
    • Had tambahan untuk anda mendapatkan akses kepada pelbagai Rawatan Perubatan Teknologi Maju.

    2. Rawatan penjagaan mental

    • Gangguan depresi yang teruk
    • Gangguan keresahan yang menyeluruh
    • Gangguan Obsesif Kompulsif
    • Skizofrenia
    • Gangguan Bipolar
    • Sindrom Tourette
    • Gangguan Spektrum Autisma yang teruk
    • Depresi selepas bersalin (post-partum)
    ALSO READ:  [VIDEO] Reaksi Shila Amzah Rakam Suami Menyanyi Cetus Perhatian Ramai!-“Dia Punya Tarik Mengalahkan Yang Profesional”

    3. Boleh tingkatkan perlindungan dengan Medic BoostCare

    • Tambahan had tahunan sebanyak RM1,000,000 setiap tahun
    • Gandakan had seumur hidup untuk Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Had Tambahan Rawatan Perubatan Teknologi Maju.
    • Tiada had bilangan hari untuk Bilik dan Penginapan Hospital Harian dan Unit Rawatan Rapi / Unit Penjagaan Jantung.
    • Lanjutan tempoh perlindungan untuk rawatan selepas keluar hospital untuk keadaan-keadaan serius seperti strok, serangan jantung atau pembedahan otak.
    • Tiada had sekali seumur hidup untuk Pemindahan Organ di bawah Medic TotalCare.
    • Kecemasan Pesakit Luar untuk Kecederaan Akibat Kemalangan
    • Tiada had tahunan untuk Komplikasi Kehamilan 
    • Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan sebanyak RM 500**
        • Dapatkan ganjaran untuk kekal sihat! Jika tiada tuntutan untuk satu keseluruhan tahun sebelumnya, dapatkan bayaran balik untuk item penjagaan pencegahan seperti berikut:
          • Vaksinasi
          • Ujian Diagnostik
          • Pemeriksaan Kesihatan
          • Langganan Program – di bawah platform digital yang diiktiraf oleh PruBSN
            • **Hanya terpakai untuk Pelan 300 dan Pelan 400.

    Risau komitmen kewangan bulanan terganggu apabila melabur untuk perlindungan Takaful? 

    Jangan bimbang, pakej PruBSN Damai menyediakan pelbagai pilihan pelan dengan jumlah sumbangan yang berbeza mengikut kemampuan korang.

    Melabur untuk saham akhirat melalui Ihsan Rider

    PruBSN percaya bahawa perlindungan takaful adalah untuk semua, oleh itu PruBSN juga telah menyediakan saluran bagi para pelanggan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan Ihsan Rider.

    Mereka boleh memilih untuk menyumbang melalui Ihsan Rider yang disertakan dengan pelan PruBSN Damai atau mana-mana pelan sedia ada dengan sumbangan serendah RM5 sebulan.

    Wang ini akan disalurkan kepada Microtakaful Jariyah PruBSN iaitu satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat PruBSN yang menyediakan perlindungan takaful hayat secara percuma selama 1 tahun bernilai RM10,000 bagi ketua isi rumah di bawah garis kemiskinan B40 yang layak.

    ALSO READ:  Pengurus Spa Tepis Stereotaip Netizen, Sanggup ‘Terbang’ Ke Empat Buah Negara Untuk Dapatkan Ilmu

    Sehingga kini, PruBSN telah mengeluarkan lebih 100,000 sijil sejak penubuhan program ini pada tahun 2018 dan telah membayar hampir RM3 juta tuntutan kepada waris, balu serta ahli keluarga yang kurang bernasib baik selepas kematian ketua keluarga mereka.  

    Haa..kat mana lagi korang nak jumpa pakej perlindungan Takaful macam PruBSN Damai ni? Dah lah moden dan berpatutan, boleh membantu mereka yang memerlukan pulak tu!

    Jadi, buat korang yang berminat untuk mendapatkan pelan PruBSN Damai ni, korang boleh layari website mereka atau korang juga boleh follow Facebook, Instagram dan YouTube mereka.

    Hidup Damai dengan Perlindungan Perubatan Komprehensif dan Moden.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts