Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengandungi Kira-Kira 4,000 Bahan Kimia, Ini Bahaya Asap Rokok Kepada Perokok Pasif!

    Mengandungi Kira-Kira 4,000 Bahan Kimia, Ini Bahaya Asap Rokok Kepada Perokok Pasif!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Korang tahu tak asap rokok mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia beracun*?

    Bukan itu sahaja, 63 daripada bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah*.

    Bahkan mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan seramai 3,500 daripada 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok*.

    Namun, jumlah perokok semakin bertambah dan KKM menganggarkan terdapat seramai 5 juta perokok aktif di Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas*.

    Asap rokok memudaratkan kesihatan!

    Rupanya masih ramai yang belum sedar akan bahaya asap rokok yang disedut walaupun berkali-kali pendedahan mengenainya diberikan.

    Asap rokok terbukti sebagai penyebab utama kerosakan pada paru-paru, penyakit jantung, risiko komplikasi kehamilan, masalah kesuburan dan banyak lagi.

    Korang bayangkanlah asap rokok mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti karsinogen, butane, methanol, toluene, karbon monoksida dan pelbagai toksin lain.

    Namun, masyarakat seakan-akan buta dan tuli apabila isu ini dibangkitkan .

    Asap terpakai rokok lebih berbahaya!

    Sebenarnya asap rokok tidak hanya memudaratkan kesihatan perokok, sebaliknya ia turut menjejaskan kesihatan individu terdekat.

    Asap rokok terpakai yang tidak disedut atau dihembuskan semula mengandungi 2 kali ganda nikotin, 3 kali ganda tar, 5 kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda bahan kimia* berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan perokok pasif terutama sekali kanak-kanak.

    Berikut adalah beberapa kesan asap rokok kepada perokok pasif dan kanak-kanak.

    • Pneumonia
    • Bronkitis
    • Masalah pernafasan (asma)
    • Sakit dada
    • Batuk
    • Melambatkan perkembangan kanak-kanak secara kognitif dan kelakuan

    Lebih serius lagi, kesan jangka panjang menghidu asap rokok terpakai boleh menyebabkan penyakit kronik dan membawa kematian.

    Lindungi insan tersayang daripada bahaya asap rokok!

    Melindungi insan tersayang daripada asap rokok penting untuk menjaga kesihatan mereka.

    ALSO READ:  Syafiq Kyle & Hun Haqeem Antara 23 Selebriti Hadir ‘Together Gather’ Bersama Lebih 100 Usahawan Terkemuka Di Kelantan

    Mulakan langkah-langkah pencegahan dari rumah dengan melakukan perkara-perkara dibawah.

    • Pastikan rumah bebas asap rokok.
    • Jangan merokok ketika memandu kenderaan.
    • Jauhkan anak dan isteri dari perokok.
    • Gunakan air purifier untuk membersihkan udara di dalam rumah.

    Kalau boleh, pertimbangkanlah untuk berhenti merokok.

    Jika korang merupakan perokok tegar dan masih mencari cara untuk berhenti merokok, dapatkanlah bantuan dan nasihat pakar atau beralihlah kepada produk alternatif seperti produk tembakau yang dipanaskan, nikotin patch dan lain-lain.

    Di luar negara misalnya di Jepun, Switzerland dan Jerman penggunaan produk tembakau yang dipanaskan terbukti berjaya mengurangkan jumlah perokok sedia ada.

    Perlu korang ketahui, produk yang memanaskan tembakau tidak menghasilkan asap melainkan wap.

    Peranti pemanas digunakan untuk memanaskan tembakau sehingga mencapai suhu 365°C bagi membolehkan wap terhasil.

    Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Philip Morris International (PMI), penggunaan produk tembakau yang dipanaskan mengurangkan 90% hingga 95% kandungan bahaya dan berpotensi berbahaya yang ada di dalam asap rokok.

    Namun begitu, produk ini bukanlah produk bebas risiko.

    Akan tetapi pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh badan adalah dengan berhenti merokok kerana kesan merokok bagi jangka masa panjang boleh memudaratkan kesihatan sehingga membawa kematian.

    Rujukan:

    *

     

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts