Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengangkat Pelakon Baharu, Filem Saazish Bakal Ditayangkan Bermula 4 Julai Ini

    Mengangkat Pelakon Baharu, Filem Saazish Bakal Ditayangkan Bermula 4 Julai Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Filem aksi Punjabi terbesar Malaysia, ‘Saazish’ yang diarahkan oleh pengarah, Arjin Uppal bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Julai ini.

    Filem aksi Punjabi Malaysia ‘Saazish’

    Ketika ditemui di Tayangan Perdana Filem Saazish di TGV One Utama, Arjin berkata keistimewaan filem bertajuk “Saazish” atau ‘konspirasi’ adalah dengan gabungan barisan pelakon berbangsa Punjabi dan Melayu selain penggunaan pelbagai bahasa yang menunjukkan diversiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Ini kali pertama saya buat filem Punjabi. Sebelum ni lebih kurang 10 tahun lepas memang dah ada idea nak buat filem Punjabi tapi agak susah sebab penonton tak ramai (populasi Punjabi di Malaysia sedikit) dan bajet pula bukannya sikit.

    Dalam pada itu, Arjin memberitahu salah satu tujuannya membikin filem ini adalah untuk mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda yang dilihat semakin ‘dilupakan’.

    Apabila ditanya mengenai cabaran menghasilkan filem ‘Saazish’, Arjin berkata selain bajet, salah satunya adalah kesukaran untuk pemilihan barisan pelakon.

    Bukan senang nak dapatkan pelakon yang boleh berbahasa Punjabi, bersetuju dari segi bajet, komitmen dan sebagainya. Ada juga pelakon dalam ni adalah kenalan saya dan yang pernah bekerja dengan kami.

    Majoriti pelakon dalam filem Saazish adalah influencer dan pelakon baharu. Kami nak beri peluang kepada muka baharu dan ramai dalam ni tak pernah berlakon dan ini merupakan kemunculan pertama mereka.

    Arjin juga akui terpaksa bersaing dengan filem-filem Bollywood yang menampilkan barisan pelakon yang hebat selain mempunyai bajet dan pemasaran yang agak besar.

    Bila nak komersialkan, kami cuba tambah beberapa babak dan masukkan pelakon Melayu supaya dapat lebih ramai penonton.Kiranya satu Malaysia.

    Dalam pada itu, Arjin berharap agar filem Saazish terbitan Sri Saheb Production Sdn Bhd ini diterima baik oleh para penonton.

    ALSO READ:  ‘Keutamaan Saya Adalah ‘Family Man’ Yang Tidak Berkeluarga!’ – Trisha Ooi

    Filem Saazish dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Julai ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts