Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan telah mencatatkan kejayaan besar selepas bekecimpung lebih 30 tahun dalam industri Bollywood. Daripada filem ‘Baazigar’ ke ‘Pathaan’, dia tanpa henti menghasilkan filem dan juga rancangan yang disukai oleh peminatnya.
Tetapi di sebalik kejayaannya itu adakah kamu tahu, Gauri Khan sebenarnya pernah berdoa dan mengharapkan Shah Rukh Khan gagal sebagai seorang pelakon?
Dalam sebuah temu bual lama, isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan, pernah mengakui bahawa dia tidak pernah gembira apabila suaminya itu berpindah ke Mumbai untuk meneruskan kerjayanya.
Selepas mereka berpindah, Gauri akui perubahan hidup mereka sangat mengejutkannya sehinggakan dia berasa sukar untuk menyesuaikan diri dan berharap agar filem-filem suaminya gagal dan akhirnya mereka dapat pulang ke Delhi semula.
“Sejujurnya saya tak gembira apabila dia ke Mumbai. Saya tak tahu bila dia menjadi bintang. Ianya sangat mengejutkan saya, pertama kali berada di sini dan filem dan segala-galanya…”
Kongsinya lagi, dia menyedari sepenuhnya kejayaan Shah Rukh Khan sebagai seorang superstar selepas filem ‘Dilwale’. Walaupun enggan mengakui kehebatan suaminya itu, akhirnya Gauri mengiktiraf cita-cita dan bakat Shah Rukh Khan. Dia juga bercakap bagaimana suaminya itu cemerlang dalam apa sahaja yang dilakukannya, sama ada sukan, teater atau akademik.