Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengembalikan Tradisi Rom, Mark Zuckerberg Mencipta Patung Isteri Sebagai Tanda Cinta

    Mengembalikan Tradisi Rom, Mark Zuckerberg Mencipta Patung Isteri Sebagai Tanda Cinta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 13 Ogos 2024 yang lalu, Mark Zuckerberg mengejutkan orang ramai apabila berkongsi gambar yang tidak dijangka oleh warga net.

    Menempah Patung Gergasi

    Pengasas kepada Facebook itu telah menempah patung gergasi berbentuk isterinya, Priscilla Chan.

    Menurut People, Mark Zuckerberg cuba menzahirkan perasaan sayang dan cintanya kepada isterinya itu sama bagaimana cara orang Rom Purba.

    Karya arca yang serupa dengan Priscilla Chan itu telah dicipta oleh Daniel Arsham. Patung itu menggambarkan Priscilla berdiri dengan pakaian perak.

    Tulis Mark dalam hantarannya, dia ingin mengembalikan bagaimana tradisi orang rom menzahirkan perasaan cinta dengan membuat patung berbentuk seorang isteri.

    Mengembalikan tradisi Rom dengan membuat sebuah patung isteri.

    Malah Priscilla Chan juga turut berkongsi gambar tersebut dan menyatakan bahawa sekarang ini tiada siapa yang tidak akan merinduinya apabila adanya patung itu.

    Anda tidak akan merindui saya!

    Sebagai Tanda Cinta Kepada Pasangan

    via Atlanta Journal

    Sebuah blog tentang arca Rom oleh Muzium Liverpool menyatakan bahawa patung dari zaman purba sebelum ini sering dicipta untuk menghormati orang tersayang yang telah meninggal dunia.

    Kadangkala, patung itu juga berfungsi untuk merujuk kepada saudara-mara penting dan untuk mewujudkan persatuan yang bermakna.

    Untuk pengetahuan anda, Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan pertama kali bertemu di sebuah parti kampus pada tahun 2003 ketika mereka berdua menuntut di Harvard.

    Mereka berkahwin dalam satu majlis Mei 2012 di rumah mereka di Palo Alto, California.

    Pada awalnya, para tetamu jemputan yang hadir menyangkakan bahawa parti itu diadakan adalah bertujuan untuk meraikan tamat pengajian Priscilla dari sekolah perubatan.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts