Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengenali ‘Mona’ di Hati Amir Hasan dan RebelAsia

    Mengenali ‘Mona’ di Hati Amir Hasan dan RebelAsia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminat muzik dan pendengar setianya secara umum.

    Kembali Bersama Seorang Rakan

    via JoePrc International

    Kini Amir kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya, iaitu RebelAsia dengan sebuah karya yang tidak kurang menarik berjudul ‘Mona’.

    Dicipta oleh Madebyartin, P4PI, dan RebelAsia lagu ini juga mendapat sentuhan lirik P4PI bersama RebelAsia sendiri.

    Mona sebenarnya merupakan sebuah lagu yang mewakili mimpi-mimpi serta impian yang ingin dikecapi.

    Ia seolah-olah menyeru semua orang untuk tidak berputus asa walaupun hidup penuh dengan aneka dugaan dan cabaran.

    Ia juga satu pesanan untuk sentiasa kekal merendah diri dan berbangga dengan segala kejayaan yang pernah dicapai.

    Menurut Amir lagi, lagu yang diterbitkan oleh Madebyartin ini juga mengambil waktu sekitar sehari untuk proses rakaman.

    Mengambil Masa Untuk Memikirkan Melodi

    via JoePrc International

    Mereka mengambil masa sehari untuk memikirkan melodi yang sesuai hinggalah tema yang ingin dilagukan dalam versi rap.

    Madebyartin berjaya menghasilkan rentak yang hebat lantas jadi mereka hanya perlu mengisinya dengan kata-kata yang sesuai.

    Mereja juga turut memasukkan bait lirik rap secara bebas atau ‘freestyle’ dan dari situ semuanya terhasil dengan sendiri.

    Berbekalkan rentak muzik yang hebat serta alunan rap yang mengasyikkan, Mona dijangka bakal mencuri perhatian peminat muzik progresif Malaysia.

    ‘Mona’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,203FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts