Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengidam Kek Tapak Kuda Sepanjang Hamil, Puteri Aishah Kini Menanti Kelahiran Bayi...

    Mengidam Kek Tapak Kuda Sepanjang Hamil, Puteri Aishah Kini Menanti Kelahiran Bayi Sulung Pada April

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semasa mengandung, ramai ibu mengalami fenomena yang dikenali sebagai mengidam. Ini adalah satu lagi aspek unik dalam pengalaman kehamilan yang sering menjadi topik perbualan di kalangan masyarakat.

    Mengidam adalah keinginan atau kehendak yang mendadak dan kuat untuk memakan makanan tertentu atau melakukan aktiviti tertentu semasa mengandung.

    Pengalaman mengidam ini juga berbeza dari satu individu kepada yang lain. Bagi sesetengah ibu, mengidam boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik, sementara bagi yang lain, ia mungkin menjadi satu cabaran yang memerlukan penyesuaian dalam gaya hidup dan pemakanan.

    Sebagai contoh, baru-baru ini pelakon popular, Puteri Aishah, berkongsi keriangan dan rasa syukurnya kerana semua alahan yang dialaminya sebelum ini telah hilang apabila masuk ke trimester ketiga kehamilannya, malah kandungannya semakin kuat dan aktif.

    Puteri Aishah Sulaiman, yang kini berusia 30 tahun, menyatakan bahawa keadaan dirinya yang agak lemah sebelum ini telah membuatkan persiapan untuk menyambut kelahiran zuriat sulungnya agak mencabar, namun dia bersyukur kerana kini semuanya telah berjalan dengan baik walaupun tarikh kelahiran semakin hampir.

    “Masuk trimester kedua, saya sudah semakin okey. Sebelum ini rasa tak mahu keluar rumah, malas makan dan asyik tidur sahaja tetapi tidak muntah.

    “Saya bakal melahirkan pada pertengahan April tetapi belum buat persediaan lagi. Ini pengalaman pertama saya dan suami jadi ibu bapa, jadi kami tidak tahu apa nak beli.

    “Kami masih buat tinjauan jenama yang bagus. Baru-baru ini saya ekspo bayi pun tak beli apa-apa, cuma tengok-tengok sahaja,” katanya.

    Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu berkongsi pengalaman manis mengidam makan kek tapak kuda yang tular kebelakangan ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ammar Alfian Selar Individu Bawa Pengaruh ‘Fat Positivity’ – ‘Adakah Mesej Yang Baik Untuk Disebarkan?’

    “Sepanjang mengandung saya akan terus beli makanan yang saya teringin makan. Cuma ada sekali saya tak dapat lunaskan keinginan dengan cepat iaitu kek tapak kuda.

    Kek itu tular dalam TikTok. Susah pula nak dapat, itu yang lama baru dapat makan.

    “Itu sahaja yang mengidam sebab tertunggu-tunggu bila kek akan sampai. Alhamdulillah, akhirnya dapat makan,” ujarnya.

    Ditanya mengenai perasaan bakal menatap wajah putera sulungnya tidak lama lagi, Aishah mengakui ada terselit rasa bimbang mengenangkan proses kelahiran tetapi dalam masa sama teruja dan tidak sabar.

    “Semestinya risau sebab saya takut fikirkan proses bersalin.

    “Ketika trimester pertama dan kedua saya belum rasa ikatan dengan bayi.

    “Masuk trimester ketiga rasa tendangan dan nampak muka dia semasa buat pengimbasan, baru rasa ikatan tersebut sehingga jadi tak sabar dan teruja mahu menatap wajahnya,” kata Aishah.

    Pada Januari lalu, pelakon itu mengumumkan khabar gembira dirinya sudah berbadan dua selepas hampir tiga tahun menanti.

    Terdahulu, Aishah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

    Selepas setahun mendirikan rumah tangga, Aishah kerap diajukan soalan cepumas perihal anak dan akur apabila masih belum ada rezeki.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts