Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMengukir Keajaiban: Naga Gergasi Setinggi 60 Kaki Sambut Pengunjung Suria KLCC

    Mengukir Keajaiban: Naga Gergasi Setinggi 60 Kaki Sambut Pengunjung Suria KLCC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suria KLCC, pusat membeli-belah mewah dan ikonik di Kuala Lumpur, Malaysia, kembali kehidupan dengan sambutan Tahun Baru Cina yang meriah. Melalui siri acara dan hiasan megah, Suria KLCC berjaya menyuntik semangat baru dalam sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif untuk pengunjung.

    Kali ini Suria KLCC memperdayakan zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ yang berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah ini membawa reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”.

    Satu daya tarikan utama berada di ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC yang menghadirkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional.

    Di antara pengalaman menarik, pengunjung dapat melihat pelbagai replika bangunan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam dan sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan.

    Replika naga 3D setinggi 60 kaki

    Suasana Tahun Baru Cina di Suria KLCC semakin memukau dengan kehadiran replika naga 3D setinggi 60 kaki yang memancarkan keindahan di sini.

    Replika naga setinggi 60 kaki ini bukan sahaja daya tarikan visual yang luar biasa, tetapi juga merupakan simbol tuah dan kekuatan dalam tradisi Tionghoa. Dengan warna-warna ceria dan reka bentuk yang memukau, replika naga tersebut membawa suasana Tahun Baru Cina yang unik.

    Pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

    Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.

    ALSO READ:  Ulasan Michael Ang Raih Perhatian-“Banyak Je Aku Tengok Benda Positif Kat Konsert Coldplay Tu!”

    Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah
    RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. Tawaran eksklusif
    ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

    Jom ke ramai-ramai ke Suria KLCC sekarang, boleh ambil gambari cantik-cantik di sini sempena Tahun Baru Cina.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts