Seluruh dunia sedang berduka dengan berita kematian pelakon dan penyanyi Taiwan popular, Barbie Hsu, yang terkenal dengan wataknya dalam siri ‘Meteor Garden’.
Berita kematiannya ini disampaikan oleh adiknya, Dee Hsu, melaporkan Barbie telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 48 tahun.
Dee mengesahkan punca kematian Barbie adalah disebabkan oleh radang paru-paru yang berkembang selepas pelakon itu dijangkiti influenza ketika bercuti bersama keluarga di Jepun.
View this post on Instagram
“Kami sekeluarga bercuti di Jepun dan kakak saya yang paling disayangi dan baik hati, Barbie Hsu telah meninggal dunia akibat radang paru-paru disebabkan influenza.”
View this post on Instagram
Punca kematian Barbie diketahui adalah radang paru-paru yang bermula denga gejala selsema. Kematiannya membawa perhatian kepada bahaya radang paru-paru, iaitu penyakit yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Barbie Hsu pernah mengalami beberapa masalah kesihatan termasuklah epilepsi dan penyakit jantung. Dia juga pernah dimasukkan ke hospital akibat sawan.