Anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mendedahkan dirinya seorang introvert iaitu individu bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian terhadap diri sendiri dan tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar.
Marissa introvert
Gadis cantik yang berusia 19 tahun itu memberitahu perkara itu ketika ditemu bual oleh satu jenama produk kecantikan yang bertanyakan tentang dua perkara mengenai dirinya.
Apabila ditanya apakah pekerjaan atau kerjaya Marissa sekiranya dia bukanlah seorang pempengaruh. Marissa yang ketika itu sedang ditatarias memberi jawapan ringkas mengatakan dia meminati bidang perniagaan.
Marissa minat bisnes, kalau saya tak jadi influencer mungkin saya akan menjalankan perniagaan.
Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 300,00 tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya. Namun ada segelintir daripada mereka memberi komen sarkastik terhadapnya. Tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan dan keayuan yang dimiliki Marissa dan menyifatkan ianya saling tidak tumpah dengan wajah ibunya, Abby Abadi.
Video
@lovaacosmetics.hq 2 soalan mengenai diri Marissa#lovaacosmeticshq #sakakeninglovaa #fyp #fyp? #xyzbca #masukberanda ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)