Vokalis kumpulan Medicine iaitu Ijam memberitahu dia masih menyanyi selepas aktif bergerak sebagai pendakwah bebas.
Tidak meninggalkan dunia nyanyian
Saya tak boleh nak berhenti sebab saya memang menyanyi dan orang kenal sebagai penyanyi, malah Tok Guru pun cakap jangan berhenti.
Menurut Ijam, dia tidak meninggalkan dunia nyanyian, namun hanya terima tawaran menyanyi pada majlis bersesuaian.
Dahulu saya menggunakan nyanyian untuk melalaikan orang, tapi hari ini, saya nak ganti balik hutang dengan Allah. Dengan menggunakan anugerah yang Allah beri, saya mahu ingatkan peminat mengenai Allah.